Bisnes

Syarikat Penerbangan AirAsia Masuk Pasaran E-Hailing Dengan AirAsia Ride

Dari armada Airbus A300 kepada armada Perodua Bezza. AirAsia Ride menganggu gugat periok nasi perkhidmatan e-hailing. Yang untung adalah pengguna, kerana sekarang mereka ada pilihan dan tawaran yang baharu dan lebih baik.

Fikir AirAsia dan penerbangan murah merupakan pemikiran pertama yang muncul di fikiran kebanyakan orang. Tetapi sebenarnya, sudah lama ianya tidak begitu, kerana syarikat penerbangan tambang murah ini sudah berkembang ke segmen e-hailing tempatan.

AirAsia Ride, tawaran terbaharu dalam Super App kumpulan ini bertujuan untuk mengambil sebahagian besar pai e-hailing tempatan dari Grab yang dominan. Dan walaupun banyak yang telah mencuba dan gagal melakukannya dulu, mungkin ada alasan yang cukup bagi Malaysian untuk memilih MERAH dan bukannya ikon G Hijau ketika memesan ride-hailing berikutnya.

Sekarang bermula dengan alasan yang paling penting untuk pertama kalinya, AirAsia Ride mengatakan bahawa semua pemandu yang mendaftar dengan mereka telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19. Pemandu juga dilengkapi dengan alat ujian diri percuma serta pembersih udara dan tangan, untuk memastikan penunggangnya berasa selamat ketika menggunakan perkhidmatan ini.

Antara pemasaran yang sedang ditonjolkan oleh AirAsia dengan aplikasi baharunya ini adalah anda dapat memilih untuk menempah ‘Allstar Ride’ dimana ianya dipandu oleh juruterbang dan kru kabin syarikat penerbangan itu.

Ciri yang lebih menarik dengan aplikasi ini sebenarnya adalah kemampuan baharu untuk memilih pemandu yang disyorkan serta kategori kenderaan biasa, dengan pilihan Pemandu Wanita juga ditawarkan dengan perkhidmatan e-hailing ini.

Dari segi kewangan, kumpulan itu mendakwa bahawa tambang ditetapkan pada kadar rata RM 1 se kilometer tidak termasuk tol. Untuk memikat pengguna untuk mencuba perkhidmatan baharu ini, AirAsia kini menawarkan potongan RM3.00 untuk perjalanan pertama dengan kod promo AARIDE3 mulai sekarang hingga 30 September.

Sayangnya, kod promo ini hanya sah untuk pengguna di Lembah Klang. Ini adalah kerana perkhidmatan e-hailing itu sendiri – dengan 1,500 pemandu berdaftarnya – kini beroperasi di rantau ini sahaja, dengan rancangan pengembangannya ke negeri lain (dan bahkan di negara lain) hanya akan bermula dari bulan Oktober dan seterusnya.

Terdapat juga beberapa kelainan lain yang mungkin perlu diketengahkan dengan perkhidmatan ride-hailing baharu ini, seperti kemampuan memberi tip kepada pemandu (dari RM1.00 hingga RM20.00) semasa proses membuat pesanan untuk memberi insentif kepada penerimaan permintaan perjalanan seseorang. Macam, “Saya bayar wang lebih awak mari pikap saya”. Lain macam pulak bunyi ini.

Satu lagi, tidak ada penalti yang akan dikenakan bagi pemandu yang menolak penumpang, dengan AirAsia Ride memilih skema berdasarkan ganjaran untuk memberi insentif kepada pemandunya supaya tidak reject penumpang mereka.

Dari segi pemandu, AirAsia kini hanya akan mengenakan bayaran platform 15 peratus dengan perkhidmatan e-hailing. Kadar yang 5 peratus lebih rendah daripada pesaingnya di pasaran pada masa ini, membolehkan rakan pemandunya membawa pulang 85 peratus daripada tambang bersih (tidak termasuk bayaran tol) yang diperoleh semasa bekerja dengan aplikasi ini.

Selain itu, pemandu akan dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan lain seperti menghantar bungkusan atau AirAsia Food untuk menambah pendapatan mereka.

It has also interestingly been reported that there is currently no restrictions in place for its drivers to moonlight with competing platforms, and is in fact even encouraged as this practice might help in further spreading the word of this service’s existence. 

Ia juga telah dilaporkan bahawa pada masa ini tidak ada batasan bagi para pemandu untuk menyediakan perkhidmatan ride-hailing platform yang bersaing, bahkan ianya digalakkan kerana ini dapat membantu menyebarkan khabar mengenai wujudnya perkhidmatan ini.

Those perhaps interested therefore in signing up as a driver with AirAsia ride can do so through the link here. As to those who wish to utilise the aforementioned promo code on the other hand can book a ride through the AirAsia Super App

Text Asal Joshua Chin

Previous post

Ford Focus ST Edition Lebih Cekap Di Selekoh

Next post

BMW iX Bakal Dilancarkan Di Malaysia - Harga Dari RM420k

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *