Bisnes

Volvo Catat Prestasi Jualan Terbaik Bagi Separuh Pertama Tahun 2021

Volvo Cars telah melaporkan prestasi jualan yang amat memberangsangkan bagi separuh pertama tahun 2021, di mana syarikat itu berjaya menjual sebanyak 380,757 unit kenderaan di peringkat global. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-9

Menurut syarikat itu, peningkatan jualan itu dipacu oleh permintaan yang kukuh di China, Amerika Syarikat dan juga Eropah, yang mana ketiga-tiganya mencatat pertumbuhan dua digit berbanding tempoh yang sama tahun lalu ketika pasaran terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bagi bulan Jun 2021, Volvo menjual 68,224 unit kenderaan di seluruh dunia, naik 11 peratus berbanding Jun 2020. Bagi enam bulan pertama 2021 pula, jumlah kereta Volvo yang terjual dalam talian meningkat lebih lima kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Barisan model Recharge, yang terdiri daripada trenkuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid plug-in, kekal popular di kalangan pelanggan dengan menyumbang 24.6 peratus kepada jumlah keseluruhan kenderaan Volvo yang dijual di peringkat global pada separuh pertama tahun lalu. Jika dibandingkan dengan separuh pertama 2020, perkongsian model Recharge meningkat hampir 150 peratus.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, sebanyak 63,754 unit kenderaan terjual dalam tempoh itu, menunjukkan peningkatan sebanyak 47.4 peratus berbanding tahun lalu, manakala China pula menyaksikan kenaikan jualan sebanyak 44.9 peratus dengan 95,252 unit kenderaan berjaya dijual dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, prestasi jualan yang kukuh di United Kingdom menyaksikan pasaran Eropah mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 35.4 peratus kepada 166,822 unit kenderaan.

Berikut adalah perincian prestasi jualan separuh pertama 2021 Volvo mengikut kawasan:

Previous post

Evolusi Logo Nissan Dari 1933 Hingga Kini 2021

Next post

Tempahan Isuzu D-Max X-Terrain Melebihi 2,500 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *