Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Volkswagen Amarok W580X Talaan Walkinshaw Dilancarkan Di Australia

Trak pikap sangat popular di Australia, sehinggakan ada sahaja model edisi istimewa yang dilancarkan untuk pasaran negara itu saban tahun. Terbaru, Volkswagen telah memperkenalkan varian yang lebih rugged kepada Amarok iaitu W580X yang dibangunkan dengan kerjasama Walkinshaw. Ia dipercayai edisi terakhir Amarok sebelum ia digantikan dengan model generasi baharu yang berasaskan Ford Ranger.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-61

Tidak seperti W580 dan W580S yang memfokuskan kepada penggunaan di jalan raya, W580X dibangunkan khas untuk tujuan ‘off-roading’ dan oleh itu, ia dilengkapi standard dengan ‘lift kit’ sistem suspensi untuk bagi mendapatkan jarak pelepasan tanah yang lebih tinggi.

Selain itu, ia turut mendapat sistem peredam dengan tiub berkembar dan gerbang roda yang lebih lebar untuk memuatkan rim 18 inci yang dibalut dengan tayar jenis ‘all terrain’. Bar lampu LED dan plat perlindungan bawah badan turut disertakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan snorkel bagi membolehkan mereka mengharungi air yang lebih dalam.

Dari segi kelengkapan, Amarok W580X didatangkan dengan lampu bi-xenon dengan lampu nyalaan siang LED, sistem penyaman udara automatik dua zon, ciri pemanas tempat duduk hadapan, karpet lantai getah serta sistem pemantauan tekanan tayar. Penampilannya dipertingkatkan menerusi gril baharu, set pelekat dan kemasan hitam pada perumah cermin sisi dan bampar belakang.

Kuasa dibekalkan oleh enjin twin-turbodiesel 3.0-liter V6 yang menjana 255 hp dan 580 Nm. Kuasa disalurkan ke roda oleh kotak gear automatik lapan kelajuan menerusi sistem pacuan empat roda.

Previous post

Ford Baru Saja Trademark Nama "Skyline" Di Amerika Syarikat

Next post

Model BMW 6 Series 2022 Mungkin Berupa Seperti Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *