Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Polestar Lantik Wearnes Sebagai Pengedar Eksklusif Di Singapura

Nampaknya keputusan untuk mempromosikan kenderaan elektrik yang dibuat oleh kerajaan Singapura secara tidak langsung telah mendorong syarikat-syarikat EV asing untuk membuka operasi mereka di pulau itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-18

Pada Februari lalu, Tesla mengesahkan yang ia akan kembali ke negara republik itu menerusi pelancaran portal jualan dalam taliannya. Bukan itu sahaja, pengeluar EV dari California itu juga bakal membuka pusat servis pertamanya di Toa Payoh pada bulan ini.

Kini, tiba giliran Polestar pula untuk mengumumkan kehadiran mereka ke negara itu. Jenama elektrik premium berprestasi tinggi dari Sweden itu berkata ia telah melantik Wearnes Automotive sebagai pengedar eksklusifnya di sana. Wearnes juga merupakan sah bagi pelbagai jenama-jenama mewah lain seperti Bentley, Bugatti, Aston Martin, Lamborghini serta pengeluar hypercar elektrik dari Croatia iaitu Rimac.

Polestar-Price 6

Oleh kerana Polestar 1 sudah dihentikan pengeluarannya, Polestar 2 akan menjadi satu-satunya model yang ditawarkan untuk pasaran Singapura. Fastback elektrik sepenuhnya itu boleh didapati dalam tiga varian seperti berikut:

  • Standard Single Motor – 165 kW/330 Nm, bateri 69 kWh
  • Long Range Single Motor – 170 kW/330 Nm, bateri 78 kWh
  • Long Range Dual Motor – 300 kW/660 Nm, bateri 78 kWh

Bagi rangkaian pengedaran pula, Wearnes mengesahkan bahawa fasiliti Polestar Space yang beralamat di 45 Leng Kee Road akan dibuka kepada orang ramai pada November tahun ini.

Dengan pengumuman ini, Malaysia sekali lagi dilupakan oleh pengeluar-pengeluar EV ini. Bagaimanapun, harus diingat yang Wearnes juga beroperasi di sini sebagai pengedar rasmi Bentley dan Aston Martin, jadi ada kemungkinan tipis yang Polestar 2 akan dibawa masuk oleh syarikat itu. Namun, faktor-faktor seperti polisi NAP yang tidak mesra EV, kekurangan permintaan serta infrastruktur pengecasan yang tidak kukuh mungkin menjadi penghalang.

Previous post

GRAB Menawarkan Perjalanan Elektrik Atau Hibrid Kepada Komuter

Next post

Nikmati Lebih Penjimatan Dengan Volkswagen Cares

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *