Sukan

Peugeot 9X8 Bakal Sertai Kategori Hypercar WEC Pada 2022

Segmen Hypercar baharu dalam siri perlumbaan FIA World Endurance Championship (FIA WEC) menyaksikan kemunculan pelbagai jentera yang menarik dari pasukan yang bertanding. Sebelum ini, kita telah lihat rekaan Toyota iaitu GR010. Kini, tiba giliran Peugeot pula untuk memperkenalkan jentera lumba mereka iaitu 9X8.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Bakal memasuki perlumbaan bermula musim 2022, 9X8 adalah pengganti 905, pemenang Le Mans 24 Hours pada 1992 dan 1993, dan juga 908 yang pernah memenangi gelaran yang sama pada 2009. Sebab itulah namanya bermula dengan nombor “9”.

Sementara itu, “X” merujuk kepada teknologi pacuan semua roda dan trenkuasa hibridnya, manakala “8” pula digunakan supaya selaras dengan nama model-model produksi Peugeot yang sedia ada seperti 208, 308, 508 dan sebagainya.

Seperti yang boleh dilihat, 9X8 menampilkan elemen signatur Peugeot iaitu lampu LED tiga cakaran pada bahagian hadapan dan belakang, manakala logo terbaru jenama Perancis itu terpampang pada bahagian hadapan dan sisi. Warna Selenium Grey dan Kryptonite Green pula diinspirasikan oleh model Peugeot Sport Engineered iaitu 508 dan 508 SW.

Bagaimanapun, tidak seperti jentera-jentera Le Mans yang terdahulu, 9X8 tidak mempunyai spoiler. Sebaliknya, Peugeot bergantung kepada rekaan bawah badan yang aerodinamik serta diffuser untuk menjana downforce yang diperlukan.

Kuasa dibekalkan oleh enjin biturbo V6 berkapasiti 2.6 liter yang diletakkan pada bahagian belakang dan sebuah motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan. Enjin tersebut menghasilkan 680 PS (500 kW) manakala motor tersebut menjana kuasa tambahan sebanyak 272 PS (200 kW).

Peugeot 9X8

Kuasa disalurkan ke roda oleh kotak gear berjujukan dengan tujuh kelajuan. Sistem hibrid ini menggunakan bateri berkapasiti 900 volt yang dibangunkan secara bersama oleh Peugeot Sport dan Saft, sebuah anak syarikat TotalEnergies.

Previous post

Volkswagen Golf R Estate Dilancarkan Dengan Kuasa 320PS

Next post

Toyota GR Yaris Hot Hatch Sudah Habis Dijual Seluruh Dunia Selama Dua Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *