Berita Auto

Pembeli Toyota Land Cruiser Dihalang Jual Semula SUV Mereka

Seperti yang dijangka, Toyota Land Cruiser siri-300 yang diperkenalkan pada Jun lalu menerima sambutan yang menggalakkan dengan lebih 22,000 pra-pesanan diterima di Jepun. Bagaimanapun, pembeli Land Cruiser di negara itu dilaporkan perlu mematuhi syarat yang agak luar biasa bagi tujuan “mengelakkan masalah besar yang mengancam keselamatan global”.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-60

Menurut laman web Creative311, pelanggan dikehendaki menandatangani dokumen perjanjian bagi memastikan mereka tidak mengeksport atau menjual semula SUV itu dalam tempoh 12 bulan pertama pemilikan. Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan pelanggan dihalang daripada membeli kenderaan Toyota pada masa depan.

Bukan itu sahaja, wakil pengedar yang terlibat juga dilaporkan akan dikenakan tindakan berupa denda oleh Toyota dan berkemungkinan akan dilarang daripada menjual Land Cruiser.

Sebenarnya ada dua sebab utama mengapa syarat demikian dikenakan. Yang pertama, untuk menghalang pelanggan daripada membuat keuntungan di atas angin dengan menjual kenderaan tersebut yang betul-betul ingin memilikinya. Ini kerana permintaan untuk Land Cruiser adalah tinggi dan Toyota dijangka akan mengambil masa lebih lama daripada jangkaan untuk memenuhi permintaan tersebut.

Bukan itu sahaja, langkah drastik ini juga diambil bagi mengelakkan Land Cruiser daripada terjatuh ke tangan yang salah iaitu kumpulan pengganas. Ia bukanlah satu rahsia yang model-model keluaran Toyota seperti Land Cruiser dan Hilux sangat popular di kalangan pengganas atau militan dek kerana kualiti dan ketahanannya.

Apa pendapat anda? Adakah tindakan ini boleh dianggap sebagai melampau atau adakah ia satu keperluan?

Previous post

Subaru Mengumumkan Harga BRZ 2022 Untuk Amerika Utara

Next post

Volvo Cars Mengambil Alih Pengendalian Operasi China Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *