Berita Auto

MINI Anniversary Edition Rai 60 Tahun Usaha Sama Dengan John Cooper

John Cooper adalah nama yang tidak asing lagi bagi peminat MINI. 60 tahun yang lalu, pelumba British itu yang juga merupakan salah seorang pengasas Cooper Car Company, mula menaik taraf kereta buatan Mini untuk berlumba. Dari situ, terlahirlah Mini Cooper yang cukup popular sehingga hari ini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-43

Bagi meraikan ulang tahun tersebut, MINI telah memperkenalkan model edisi terhad yang dikenali sebagai Anniversary Edition untuk Cooper 3 Door, Cooper S 3 Door dan John Cooper Works (JCW). Pengeluaran model ini akan dihadkan kepada 740 unit sahaja untuk pasaran global.

Model ini menampilkan beberapa sentuhan unik, antaranya adalah pilihan warna British Racing Green atau Midnight Black Metallic untuk model 3 Door, dan Rebel Green untuk model JCW. Ia dipadankan dengan bumbung dan jalur bonet berwarna putih, serta perician dalam warna yang sama pada cermin sisi, pemegang pintu dan di sekeliling lampu hadapan dan belakang.

Selain itu, setiap unit juga didatangkan dengan dengan grafik nombor 74 pada bahagian pintu dan bonet. Ia merupakan nombor yang sama yang digunakan oleh MINI Cooper semasa merangkul kemenangan pertamanya. Melengkapkan imej luarannya adalah logo ‘Cooper’ dan rim aloi John Cooper Works berukuran 18 inci dengan kemasan dua tona.

MINI Anniversary Edition

Di dalam, pelanggan akan menemui balutan kulit Nappa pada stereng, pelapik bumbung anthracite, tempat duduk sport John Cooper Works dengan balutan upholsteri Dinamica/kulit Carbon Black, set pedal keluli dan tandatangan John, Mike dan Charlie pada bahagian sebelah pemandu. Bukan itu sahaja, bingkai pintu sebelah pemandu juga menampilkan tandatangan John Cooper, serta nota “1 of 740” dan “60 Years of Mini Cooper – The Unexpected Underdog” yang ditulis dengan tangan.

Previous post

Lamborghini Catat Rekod Jualan Separuh Tahun Tertinggi Dalam Sejarah

Next post

Lexus RX L Black Line Terdapat Di AS Sahaja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *