Gaya Hidup

Mazda Dan Mizuno Hasilkan Kasut Memandu

Siapa sangka Mazda dan pengeluar barangan sukan terkenal iaitu Mizuno mempunyai satu persamaan iaitu kedua-duanya menggunakan pendekatan berpusatkan manusia sama ada dalam reka bentuk ataupun pengeluaran.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-27

Mazda menggelarkan falsafah itu sebagai ‘jinba ittai’ yang bermaksud ‘penyatuan antara pemanah dan kuda’. Kini, pemilik Mazda boleh menghayati falsafah itu secara maksimum dengan mendapatkan kasut pemandu baharu yang dihasilkan dengan kerjasama Mizuno.

Menurut Mazda, kasut itu dihasilkan bagi membolehkan pemandu mengoperasikan pedal dengan lebih stabil dan selesa. Ia didatangkan dengan beberapa ciri utama, termasuk bahagian yang boleh diregangkan yang bertindak untuk menyokong dorsiflexion (pergerakan tapak kaki ke atas), sekaligus membantu pemandu mengawal tekanan ke atas pendikit dengan lebih tepat.

Selain itu, kasut berkenaan juga dilengkapi dengan tapak ‘Mizuno Cob’ yang mempunyai rekaan yang tidak rata. Ini memberikan ‘feel’ pedal yang lebih tepat dan ‘direct’, dan pada masa yang sama memastika ia selesai untuk dipakai.

Akhir sekali, bahagian tumit yang berbentuk bulat bukan sahaja menjadikan tumit lebih selesa apabila diletakkan di atas lantai, malah melancarkan pergerakan kaki ketika memandu.

Buat masa ini, kasut memandu Mazda X Mizuno ini didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu hitam/kelabu. Ia kini dibuka untuk tempahan pada harga 39,600 yen (RM1,500) dan akan diserahkan kepada pelanggan bermula Mac tahun hadapan.

Previous post

Tonggak Pengeluaran Subaru AWD Yang Ke 20 Juta

Next post

Genesis G70 Shooting Brake Buat Kemunculan Di Goodwood

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *