Cerita Auto

Lego Technic Perkenal Set Ford F-150 Raptor – $99.99

Ford F-150 Raptor generasi ketiga yang diperkenalkan pada Februari tahun ini adalah kemuncak trak pikap berprestasi tinggi yang mampu menghapuskan apa sahaja yang menghalangnya. Namun begitu, ia tidak sesuai untuk jalan raya di Malaysia kerana saiznya yang terlalu besar.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-8

Jika anda seorang peminat tegar F-150 Raptor, jangan bersedih hati kerana jentera off-road gergasi itu kini boleh didapati dalam bentuk Lego Technic. Dijual pada harga $99.99 (kira-kira RM416), set permainan ini jauh lebih murah berbanding model sebenar dan dengan ukuran panjang tinggi 15 cm, panjang 42 cm dan lebar 18 cm, ia juga boleh dijadikan perhiasan untuk rumah atau pejabat anda.

Ford F-150 Raptor Lego Technic

Set ini mengandungi 1,379 kepingan Lego dan seperti set-set Technic yang lain, ia mempunyai perincian yang menarik. Ini termasuklah enjin V6 dengan piston yang boleh digerakkan, sistem suspensi dan tayar, empat pintu yang boleh dibuka, ruang dalaman yang realistik serta hud dan pintu bonet yang boleh dibuka.

Menurut Lego, set Technic Ford F-150 Raptor kini dibuka untuk tempahan dan penghantarannya dijangka bermula pada Oktober tahun ini. Ini bermakna ibu-bapa boleh mendapatkan permainan ini untuk sambutan Hari Krismas.

Sementara itu, F-150 Raptor yang sebenar tampil dengan enjin 3.5-liter EcoBoost V6, sistem peredam Fox dan tayar berukuran 35 inci yang boleh dinaik taraf kepada unit 37 inci. Komponen-komponen mekanikal ini disokong oleh Terrain Management System yang mengandungi tujuh mod pemanduan iaitu Slippery, Tow/Haul, Sport, Normal, Off-Road, Baja dan Rock Crawl, sekaligus menjadikannya sebuah trak pikap yang hebat.

Previous post

Abarth 695 Esseesse Model Terlaju Dalam Barisannya

Next post

Evolusi Logo Nissan Dari 1933 Hingga Kini 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *