Berita Auto

Kenderaan Perkhidmatan Awam Diberi Lanjutan Had Usia Setahun

Bagi membantu memulihkan industri pengangkutan awam yang terjejas teruk sejak permulaan pandemik COVID-19, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa ia akan memberi pelanjutan selama satu tahun secara automatik kepada kenderaan perkhidmatan awam.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-30

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mana-mana kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, bas sekolah dan bas persiaran yang telah mencapai had usia maksima penggunaan kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan diberi pelanjutan secara automatik untuk satu tahun lagi bagi tujuan perlesenan.

Walau bagaimanapun, hanya kenderaan yang telah menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM layak untuk menikmati pelanjutan ini. Ini bagi memastikan tahap keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan (roadworthiness).

Pelanjutan ini akan melibatkan semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.

Keputusan ini diambil susulan sesi perbincangan serta libat urus di antara Kementerian Pengangkutan bersama persatuan dan pengendali termasuklah Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM) serta beberapa persatuan lagi.

Selain itu, Kementerian memutuskan untuk memberikan pelanjutan ini setelah mengambil kira situasi yang terpaksa dihadapi oleh pemain industri yang tidak berupaya untuk menggantikan kenderaan mereka pada waktu sukar ini.

“Diharapkan dengan pelanjutan had usia penggantian kenderaan selama setahun secara automatik ini dapat memberi kelegaan kepada industri pengangkutan awam seterusnya kembali pulih serta terus berdaya saing untuk tempoh panjang demi manfaat rakyat serta negara secara keseluruhannya,” kata Dr Wee.

Previous post

Mitsubishi Motors Bayar Denda "Dieselgate" €25 Juta di Eropah

Next post

Pernahkah Sedan Mitsubishi Starion 4 Pintu Dihasilkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *