Promosi / Tawaran / Peraduan

Kempen Servis Pertengahan Tahun Hyundai Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini mengumumkan pelanjutan kempen servis pertengahan tahunnya sehingga 31 Ogos ini. Kempen tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Julai namun HSDM memutuskan untuk melanjutkannya selama sebulan lagi bagi membolehkan ia dimanfaatkan oleh pelanggan mereka yang tidak dapat berbuat demikian akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sesetengah pelanggan kami terlepas keistimewaan kempen ini disebabkan mereka tidak boleh bergerak melebihi 10 km dari tempat tinggal mereka dan tidak dapat menghantar kereta mereka untuk diservis. Oleh itu, kami melanjutkan tempoh kempen ini supaya lebih ramai boleh memanfaatkannya,” kata Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM.

Menerusi kempen ini, pelanggan layak menikmati diskaun 15 peratus ke atas alat ganti terpilih dan diskaun 10 peratus ke atas kos buruh apabila mereka menghantar kereta mereka untuk diservis di mana-mana pusat servis bertauliah Hyundai.

Hyundai's Loyalty Card - An Exclusive Privilege that Comes Automatically with the Ownership of any Hyundai Model

Apa yang lebih menarik, pemegang Hyundai Loyalty Card yang berbuat demikian akan menikmati diskaun lebih besar iaitu 25 peratus untuk alat ganti dan 15 peratus untuk kos buruh. Alat ganti yang layak untuk mendapat diskaun adalah gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan pelbagai lagi.

Loyalty Card diberikan dengan setiap pembelian mana-mana model Hyundai. Selain promosi bulanan yang eksklusif, pemegang juga akan menikmati diskaun 20 peratus untuk produk-produk KLIMA Fresh dan BlueChem, diskaun untuk perkhidmatan selepas jualan semasa bulan hari lahir, diskaun untuk barangan Hyundai serta nilai tukar beli yang lebih tinggi apabila mereka membeli kereta Hyundai baharu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Hyundai di talian 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.

Previous post

Model BMW 6 Series 2022 Mungkin Berupa Seperti Ini

Next post

Audi RS Q e-tron Bakal Sertai Rali Dakar 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *