Berita Auto

Hyundai-Sime Darby Motors Lancar Program Waranti Lanjutan

Mempunyai waranti lanjutan bukan sahaja memberikan pemilik kenderaan ketenangan hati dan minda, malah ia juga membolehkan mereka berjimat dan menjaga kereta mereka untuk tempoh yang lebih lama. Menyedari perkara ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini memperkenalkan program waranti lanjutan untuk model terpilih.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-22

Program ini sah untuk model-model seperti yang berikut, dengan syarat ia tidak melebihi usia lapan tahun dari tarikh pembuatan dan perbatuan adalah bawah 300,000 km pada tahun kelima selepas tarikh pembelian.

  • AD/MD Elantra (generasi kelima dan keenam)
  • LF Sonata (generasi ketujuh)
  • TL/LM Tucson (generasi kedua dan ketiga)
  • DM Santa Fe (generasi ketiga)
  • TQ Starex (generasi kedua)

Menurut HSDM lagi, program waranti lanjutan ini berfungsi sama sahaja seperti waranti kereta baharu kecuali ia perlu diperbaharui setiap tahun dengan yuran sebanyak RM1,280 dan hanya meliputi jarak perbatuan tidak melebihi 30,000 km setahun.

Perlindungan yang ditawarkan oleh program ini meliputi komponen dalaman dan utama sistem transmisi, serta komponen elektrikal enjin, transmisi, motor dan bahagian modular kenderaan. Ia juga meliputi pembaikan dan penggantian alat ganti secara percuma dengan had bernilai RM10,000 bagi setiap tuntutan.

Selain itu, mana-mana komponen yang telah dituntut sebelum ini boleh dituntut semula jika ia terbukti rosak dengan nilai tuntutan agregat mencecah RM50,000.

Semua kenderaan yang didaftarkan di bawah program ini perlu mempunyai rekod servis yang baik dengan pusat servis bertauliah Hyundai. Pemilik juga dikehandaki menghantar kereta mereka ke pusat servis bertauliah untuk servis rutin berdasarkan jadual penyelenggaraan yang disarankan oleh HSDM.

Program ini hanya boleh didapati menerusi cawangan Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) buat masa ini tetapi ia akan ditawarkan ke pusat-pusat servis yang lain pada masa hadapan.

Previous post

2021 Moratorium Diperjelaskan Secara terperinci: Tawaran CIMB Yang Mencurigakan

Next post

“Vorsprung durch Technik” Sudah 50 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *