Cerita Auto

Volkswagen Arteon R-Line CKD Kini Dibuka Untuk Tempahan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Arteon R-Line 4MOTION baharu. Dipasang di Pekan, Pahang, model ini dijangka ditawarkan pada harga di antara RM245,000 hingga RM255,000 apabila dilancarkan kelak.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-42

Diperkenalkan ke pasaran Malaysia tahun lalu, Arteon yang merupakan model utama Volkswagen kini hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran, selain teknologi dan enjin baharu.

Menjadi model pertama yang menggunakan logo Volkswagen dan R baharu, Arteon R-Line tampil dengan gril dan bampar hadapan yang telah direka semula bersama dengan lampu hadapan LED penuh. Pada bahagian belakang, lampu LED 3D dengan lampu isyarat membelok berturutan meningkatkan lagi karekternya.

Arteon dikuasakan oleh enjin turbo 2.0L TSI. Dipadankan bersama kotak gearDSG 7-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 280 PS dan tork sebanyak 350 Nm di antara 5,100 hingga 6,500 rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda 4MOTION, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100kmj dalam 5.6 saat.

Antara perubahan pada bahagian dalaman termasuklah stereng baharu dengan kawalan sentuhan haptik, tempat duduk sports yang dibalut kulit Nappa Carbon bersama logo R baharu serta sistem audio 12 unit pembesar suara premium berkuasa 700-watt daripada Harman Kardon. Sistem infohibur Discover Pro dengan skrin bersaiz 9.2 inci didatangkan bersama ciri kawalan gestur dan suara, selain menyokong sistem App-Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Pemandu pula dihidangkan dengan Digital Cockpit beresolusi tinggi yang menawarkan kemudahan dan boleh diubah suai dengan hanya sentuhan jari. Turut disertakan sistem bantuan pemandu yang merangkumi ciri-ciri seperti Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert.

Arteon R-Line 4MOTION baharu didatangkan dalam lima warna – pilihan warna metalik ialah biru (Lapiz Blue), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna dengan efek mutiara pula ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).

Tempahan boleh dibuat di eShowroom. Maklumat lanjut, sila layari laman Arteon R-Line 4MOTION di https://www.volkswagen.com.my/the-new-arteon-r-line-4motion.

Previous post

Polestar 3 Diacah, Bakal Dihasilkan Di Amerika Syarikat

Next post

Mercedes-Benz S-Class Akan Masuk Bilik Pameran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *