Berita Auto

Toyota GR 86 Akan Buat Kemunculan Di Goodwood Festival Of Speed

Diperkenalkan di peringkat global pada April lalu, Toyota GR 86 bakal memulakan siri jelajah publisiti sebagai persediaan pelancarannya ke pasaran United Kingdom pada tahun hadapan. Lokasi pertama yang akan dikunjungi oleh kereta sport itu adalah Goodwood Festival of Speed pada Julai ini.

Toyota tidak akan sekadar meletakkan kereta itu untuk pameran kerana menurut syarikat itu, mereka akan menunjukkan kehebatan pengendalian serta kelincahan GR 86 di litar mendaki bukit di lokasi. Sudah tentu, pengunjung masih boleh melihat model itu dengan lebih dekat di kawasan paddock ‘First Glance’.

Toyota GR 86 Goodwood Festival of Speed

Model Gazoo Racing yang ketiga selepas GR Supra dan GR Yaris, GR 86 mengekalkan konfigurasi enjin hadapan dan pacuan roda belakang seperti sebelum ini, namun ia kini dikuasakan oleh enjin 2.4-liter yang lebih berkuasa dengan 235 PS pada 7,000 rpm dan 250 Nm pada 3,700 rpm.

Toyota GR 86 Goodwood Festival of Speed

Ukuran dimensinya tidak jauh berbeza dengan GT 86/86, namun badan jentera dua pintu ini dikatakan 50 peratus lebih tegar sekaligus membantunya menghadapi selekoh-selekoh tajam dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan aluminium untuk penghasilan bumbung dan panel badan turut membantu GR 86 mengurangkan beratnya.

Toyota GR 86 Goodwood Festival of Speed

Dibangunkan bersama Subaru, GR 86 turut didatangkan dengan komponen aerodinamik, sistem suspensi yang terdiri daripada topang MacPherson dan ‘double wishbone’, serta rim berukuran 18 inci dengan tayar 215/40R18.

Previous post

Porsche 911 GTS - Alternatif Kepada Carrera Dan Turbo

Next post

Naidu Trans Berjaya Kurangkan Jejak Karbon Dengan Kontrak Penyelenggaraan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *