Berita Auto

Hyundai Elantra N Diacah – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Hyundai akan memperkenalkan jentera N terbaharunya iaitu Elantra N tidak lama lagi. Namun, sebelum ia didedahkan sepenuhnya, Hyundai telah menyiarkan dua lagi imej teaser sedan berprestasi tinggi itu, kali ini tanpa sebarang pelekat penyamaran.

Imej yang pertama memperlihatkan bahagian belakang Elantra N yang menampilkan spoiler, jalur LED yang menghubungkan lampu belakang serta muncung ekzos berbentuk bulat. Sebenarnya, ketiga-tiga elemen ini telah dipertontonkan pada November tahun lalu, namun imej teaser terbaharu ini mendedahkan warna Performance Blue dan jalur merah pada diffuser dan skirt sisi.

Hyundai Elantra N teaser

Imej yang kedua pula menunjukkan rim ‘snowflake’ yang digunakan oleh sedan itu dengan lebih dekat. Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ia dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S berukuran 255/35 ZR19. Terselindung di sebalik rim itu adalah angkup brek berwarna merah, lengkap dengan logo N.

Setakat ini, perincian teknikal Elantra N masih belum didedahkan namun laporan mengatakan yang ia akan tampil dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 275 hp, dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik klac berkembar lapan kelajuan.

“Kami mereka bentuknya sebagai kerea sport dengan dinamik pemanduan dan gaya yang digemari oleh penggemar prestasi,” kata Till Wartenberg, naib presiden sub-divisyen pengurusan jenama N dan sukan permotoran Hyundai Motor Company.

Elantra N merupakan model N yang keenam selepas Kona N yang diperkenalkan pada April lalu. Maklumat lanjut mengenainya akan didedahkan dalam minggu-minggu mendatang.

Previous post

Kenapa Saya Tidak Beli Kereta Baharu Semasa Tempoh Pengecualian SST

Next post

Peugeot 308 SW - Wagon Anggun Dari Perancis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *