Berita Auto

Porsche 911 Gunther Werks GW-993 Ini Milik Joe Rogan

Selebriti terkenal Joe Rogan baru-baru ini menambah sebuah lagi kereta ke koleksinya. Kereta yang dimaksudkan adalah sebuah Porsche 911 (993) yang telah diberikan sentuhan restomod oleh Gunther Werks.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-69

Syarikat talaan yang berpengkalan di Huntington Beach, California itu bukanlah satu nama yang asing bagi peminat Porsche. Digelar sebagai GW-993, jentera berwarna hitam yang dikomisenkan oleh hos podcast ‘The Joe Rogan Experience’ itu merupakan salah satu daripada 25 unit yang dibina khas oleh Gunther Werks.

Ia dikuasakan oleh enjin aspriasi natural 4.0-liter enam silinder rata yang dibangunkan oleh Rothsport di Oregon. Ia dilengkapi dengan piston Mahle, sistem pengurusan enjin Motec, palam pencucuh coilover dan badan pendikit (throttle body) individu. Bukan itu sahaja, komponen-komponen dalaman seperti aci engkol dan rod pula diperbuat daripada bilet.

Enjin ini mampu menghamburkan 431 hp dan 423 Nm, dengan kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang oleh transmisi manual enam kelajuan. Transmisi yang digunakan ini adalah Getrag 650 yang telah diubah suai dengan nisbah kustom, flywheel single-mass serta differential baharu dengan klac karbon.

Kesemua GW-993 mempunyai panel badan yang diperbuat daripada gentian karbon, termasuklah unit milik Joe Rogan ini. Warna hitam itu dipadankan dengan jalur kelabu/merah pada bahagian hud, bar ‘X’ berwarna merah pada bahagian belakang serta tulisan Porsche pada bahagian sisi dan belakang yang didatangkan dalam rona yang sama. Ia dilengkapi dengan rim ala Fuchs berukuran 18 inci.

Selain enjin berkenaan, jentera ini mempunyai beberapa elemen moden lain seperti lampu projektor bi-LED dan lampu nyalaan siang LED yang diletakkan di dalam perumah yang diperbuat daripada gabungan aluminium, gentian karbon dan kaca gred aeroangkasa. Lampu belakang pula menampilkan jalur pencahayaan LED.

Untuk ruang dalaman, Joe Roga memilih skema warna merah dan hitam. Selain upholsteri kulit dan Alcantara yang membaluti tempat duduk, panel pintu dan papan pemuka, trim gentian karbon turut digunakan secara meluas untuk membangkitkan suasana sporty. Turut disertakan adalah logo makhluk asing pada bahagian ambang pintu.

Sebuah GW-993 dijual pada harga bermula dari US$565,000 (RM2.3 juta) tidak termasuk kos kustomisasi.

Previous post

Prologue Diumumkan Sebagai SUV Elektrik Pertama Honda

Next post

Go Charge Go Asia Ingin Mengilang Bateri EV Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *