Promosi / Tawaran / Peraduan

Clearance Sale SpareXHub Sehingga 10 Jun 2021

Mencari alat ganti untuk Ford atau Hyundai anda? SpareXHub menganjurkan jualan penghabisan stok lama sekarang!

Jika anda mempunyai kenderaan Ford atau Hyundai yang tidak mempunyai jaminan atau memerlukan beberapa alat ganti, periksa jualan gudang dalam talian SpareXHub.

Mereka menawarkan potongan sehingga 90% untuk alat-ganti yang terpilih untuk kedua-dua jenama tersebut sehingga 10 Jun 2021. Anda boleh browse alat-ganti mengikut tahun, jenama dan juga modelnya.

SpareXHub adalah rakan e-dagang Sime Darby Motors, yang juga merupakan pengedar rasmi kenderaan Hyundai dan Ford di Malaysia.

Inilah siaran media SpareXhub dengan lebih maklumat.

KENYATAAN MEDIA

Sime Darby Motors dan rakan eDagang SpareXHub akan menganjurkan jualan penghabisan stok selama 10 hari dengan potongan harga sehingga 90% untuk alat ganti tulen lama jenama Ford dan Hyundai. Jualan besar-besaran secara dalam talian ini akan berlangsung di  www.sparexhub.com sehingga 10 Jun 2021.

“SpareXHub bertindak sebagai perantara untuk Sime Darby Motors dalam menyediakan kemudahan kepada pelanggan setia kami mendapatkan lebih 3,000 dan 4,000 alat ganti tulen lama jenama Hyndai dan Ford yang merangkumi barangan servis seperti penapis dan sensor dan  juga alat ganti aksesori seperti bampar dan cermin depan,” ujar Alan Scott Gascoyne, Ketua Bahagian Perkhidmatan Selepas Jualan, Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors.

“Sime Darby telah melangkah ke arah transformasi digital dalam banyak aspek perniagaan kami dan mengintegrasikan pilihan pembelian secara digital dalam operasi sedia ada. Inisiatif hibrid bersama SpareXhub membantu kami memenuhi keperluan pelanggan dalam talian dan perniagaan khidmat selepas jualan untuk mendapatkan alat ganti tulen lama terpilih,” terang Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors.

“Perkhidmatan selepas jualan merupakan bidang penting dalam perniagaan Sime Darby Motors dan inisiatif ini membolehkan pelanggan kami menyelenggara kenderaan mereka menggunakan alat ganti tulen yang disarankan oleh pengeluar walaupun waranti kenderaan telah tamat. Selain itu, pelanggan boleh terus menikmati aspek prestasi, keselesaan dan keselamatan tanpa kompromi disebabkan harga alat ganti,” tambah Gan lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan harga serta merebut peluang jualan penghabisan stok besar-besaran alat ganti tulen lama jenama Ford dan Hyundai, sila layari www.sparexhub.com hari ini atau tinggalkan pesanan di laman web atau Facebook SpareXHub.

Previous post

Bolt Angkup Brek Longgar: Tesla Panggil Semula 5,974 Kenderaan

Next post

Maklumat Terkini BMW i4 Dengan Tarikh Pelancaran Varian Dan Banyak Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *