Cerita Auto

BMW 4 Series Gran Coupe Generasi Ke-2 Didedahkan Secara Rasmi

4 Series Gran Coupe adalah produk BMW yang agak unik, menggabungkan gaya menarik sebuah coupe tradisional dan praktikaliti sebuah hatchback lima pintu. Kini memasuki generasi kedua, 4GC membawakan lebih banyak teknologi canggih, prestasi pengendalian lebih baik dan sudah tentu, gril ‘kidney’ besar yang sering menjadi buah mulut itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-25

Seperti yang boleh dilihat, reka bentuk luaran 4GC tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan model elektrik i4 yang diperkenalkan pada minggu lalu, kecuali beberapa perincian yang spesifik kepada model ini. Lampu utamanya yang langsing adalah unit LED penuh namun ia boleh dinaik taraf kepada jenis Adaptive LED dengan BMW Laserlight dan Selective Beam.

Dari segi ukuran, model generasi kedua ini 143 mm lebih panjang, 27 mm lebih lebar dan 53 mm lebih tinggi berbanding model terdahulu, manakala jarak antara tayar kiri dan kanan (track) turut bertambah sebanyak 50 mm di hadapan dan 29 mm di belakang. Ukuran tapak rodanya iaitu 2,856 mm adalah 46 mm lebih panjang berbanding 4GC generasi pertama dan 5 mm lebih panjang berbanding 3 Series.

Seperti yang dijangka, rekaan ruang dalaman tidak ubah seperti 4 Series Coupe, dengan paparan kawalan 8.8 inci pada papan pemuka dan paparan 5.1 inci di dalam kluster instrumen membentuk sistem BMW Live Cockpit Plus. Pilih sistem BMW Live Cockpit Professional yang ditawarkan secara opsyen dan anda akan mendapat kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan kawalan 10.25 inci. Kedua-dua sistem ini menggunakan Sistem Operasi BMW 7 dengan Apple CarPlay, Android Auto dan Remote Software Upgrades.

4GC akan ditawarkan dalam lima varian dengan empat pilihan enjin seperti berikut:

  • M440i xDrive Gran Coupe – sistem hibrid ringkas 48V, enjin 3.0-liter enam silinder sebaris dengan 374 hp/500 Nm
  • 430i Gran Coupe – enjin 2.0-liter empat silinder dengan 245 hp/400 Nm
  • 420i Gran Coupe – enjin 2.0-liter empat silinder dengan 184 hp/300 Nm
  • 420d Gran Coupe – sistem hibrid ringkas 48V, enjin 2.0-liter empat silinder dengan 190 hp/400 Nm
  • 420d xDrive Gran Coupe – sistem hibrid ringkas 48V, enjin 2.0-liter empat silinder dengan 190 hp/400 Nm

Kesemua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic lapan kelajuan secara standard kecuali M440i yang mendapat transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang lebih lancar dan paddle shifter dengan fungsi Sprint.

Bagi casis pula, BMW mendakwa geometri, cagak dan talaan yang spesifik menyerlahkan karakter dinamik 4GC, manakala peredam meningkatkan lagi prestasi sport dan keselesaannya. Sistem suspensi M Sport dengan peredam yang dikawal secara elektronik, serta stereng sport berubah-ubah ditawarkan secara opsyen.

Roda aloi ringan 17 inci diberikan sebagai kelengkapan standard pada varian 420i, 430i dan 420d, manakala M440i dilengkapi dengan roda aloi ringan M berukuran 18 inci, M Sport Differential pada gandar belakang.

BMW 4 Series Gran Coupe

Dalam aspek sistem bantuan pemandu, terdapat sehingga 40 ciri-ciri yang disertakan pada model ini termasuk Active Cruise Control dengan Automatic Speed Limit Assist, Route Monitoring, Traffic Light Recognition (di Jerman) dan Lane Control Assistant.

Selain itu, Front Collision Warning, Speed Limit Info, Lane Departure Warning, Park Distance Control, Reversing Assist Camera dan Parking Assistant dengan Reversing Assistant disertakan secara standard. Parking Assistant Plus dengan Surriound View dan Remote 3D View boleh dipesan sebagai tambahan.

Previous post

"Vision Starburst" Adalah Konsep Terbaru Dari Geely

Next post

Pemandu Maut Selepas Kereta Merempuh Tol Setia Alam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *