Uncategorized

Bagaimana Beberapa Pemilik Kereta Ditipu Mekanik

Sebilangan pemilik kenderaan mempercayai mekanik yang salah dan berakhir dengan enap cemar (sludge) di dalam enjin mereka.

Ini bukan masalah baharu di negara kita. Ini sudah berlaku sejak bertahun-tahun dan bahkan kita dalam kehidupan bermotor awal kita telah kerugian ribuan Ringgit dalam bil pembaikan kepada mekanik yang mempermainkan kita kerana kita kurang arif (tidak ada media sosial).

Itulah sebabnya mengapa hari ini kami menawarkan nasihat PERCUMA untuk anda supaya pergi ke mekanik yang dipercayai, di Lembah Klang buat masa ini untuk pembaca yang tidak tahu.

Di sini kita melihat gambar enjin Perodua Alza berusia 6 tahun yang mempunyai banyak enap cemar (sludge) apabila penutup enjinnya dikeluarkan baru-baru ini. Pemiliknya, bukan seseorang yang arif tentang kereta atau peminat kereta, kecuali keperluan untuk pergi dari titik A ke titik B setiap hari tanpa masalah.

Alza ini telah menjadi mesin yang setia, bermula setiap masa, tidak pernah rosak dan diservis secara berkala di mekanik yang sama selama dua tahun terakhir. Setelah jaminan Alza habis, pemiliknya kembali ke mekanik biasa berhampiran rumahnya. Pertukaran minyak biasa dilakukan atas cadangan mekanik dan Alza ditinggalkan sebelum ke tempat kerja dan diambil balik selepas berkerja.

Baru seminggu yang lalu pemilik Alza mula merasa enjin keretanya kurang tenaga dan tersekat-sekat semasa cuba accelerate. Dia mengadu kepada mekanik biasanya dan bila enjin dibuka mekanik itu menyalahkan kualiti kereta dan bukan pelincir yang dia guna.

Pemilik Alza menghubungi kami untuk menggadu tentang produk tersebut, kami meminta gambar dan nampaknya ia adalah jelas menunjukkan pelincir ang digunakan itu tidak berkualiti atau berkekurangan. Mekanik itu mencadangkan enjin reconditioned (dianggarkan RM2,500 sebelum upah) atau buat top overhaul (RM1,500 keseluruhan) untuk mengurangkan kos. Pemilik kereta meminta nasihat kami. Kami mencadangkan pasang balik enjin dan sitar kereta segera ke bengkel yang kami cadangkan.

Pertama sekali, ini jelas merupakan kerja mekanik biasa itu. Mereka pasti sudah menggunakan pelincir yang murah atau pelincir terpakai atau lebih teruk lagi, tidak pernah melakukan pertukaran minyak sama sekali selama dua tahun (situasi yang kami soroti dua tahun lalu mengenai bengkel sah dan kakitangan mereka yang mencurigakan).

Kemudian, dengan penukaran enjin, tidak ada jaminan bila enjin yang digunakan akan jam, atau keadaan dan mileage sebenarnya. Dengan enjin semasa dalam keadaan ini, top overhaul TIDAK akan menyelesaikan masalah sepenuhnya. Anda memerlukan overhaul sepenuhnya dan ini adalah satu-satunya penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang.

Semua pemilik kereta mesti mengambil perhatian. Pelincir yang digunakan untuk setiap servis adalah sangat penting. Pelincir HARUS ditukar. Penapis pelincir (minyak) mesti diganti pada setiap servis. Anda MESTI mempunyai mekanik yang boleh dipercayai atau jika tidak, anda perlu menunggu, melihat dan bertanya apa yang dilakukan pada enjin anda. Ini adalah bagaimana beberapa pemilik kereta akhirnya kerugian wang yang banyak.

Aambil perhatian! Apakah jenis pelincir (minyak) yang anda gunakan? Sekiranya kenderaan anda berjalan dengan baik, tidak ada sebabnya untuk menukar jenama setelah jaminan anda berakhir dan anda bertukar kepada bengkel dekat rumah.

Jenis pelincir (minyak) apa yang disyorkan oleh manual pemilik anda? Sekiranya kenderaan anda masih dalam jaminan, penggunaan sesuatu selain daripada minyak yang disyorkan boleh membatalkan jaminan kenderaan baharu.

Previous post

Naidu Trans Berjaya Kurangkan Jejak Karbon Dengan Kontrak Penyelenggaraan

Next post

Infiniti QX60 Serba Baharu Debut Dengan ZF Auto 9-Speed

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.