Berita Auto

Alejandro Mesonero-Romanos Ketuai Bahagian Reka Bentuk Alfa Romeo

Alfa Romeo hari ini mengumumkan pelantikan Alejandro Mesonero-Romanos sebagai ketua pereka bentuk baharunya bermula 1 Julai ini. Warganegara Sepanyol itu adalah veteran dalam industri automotif dan cukup dikenali dengan hasil kerjanya semasa berkhidmat di Seat.

Merupakan graduan Royal College Art London ini, Alejandro memainkan peranan dalam penghasilan Renault Laguna generasi kedua sebelum menyertai Seat pada 2011 sebagai pengarah reka bentuknya. Di Seat, beliau diberikan tanggungjawab untuk mereka bentuk beberapa model termasuk Cupra Tavascan dan Formentor, serta Seat Leon generasi keempat dan juga Ibiza generasi kelima.

Cupra Formentor

Beliau kemudiannya berpindah semula ke Renault bagi memimpin pasukan reka bentuk Dacia. Walaupun hanya berkhidmat selama setengah tahun di syarikat itu, Alejandro sempat menghasilkan model konsep Bigster.

Seat Ibiza

Di Alfa Romeo, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Stellantis, Alejandro akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya untuk mengetuai proses elektrifikasi dan pemodenan. Beliau akan berkhidmat di bawah ketua pegawai reka bentuk Stellantis iaitu Jean-Pierre Ploué.

Previous post

Toyota Supra 'Fast & Furious' Dilelong Pada Harga RM2.3 Juta

Next post

Honda Civic Hatchback 2022 Diperkenalkan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *