Cerita Auto

Pengeluaran Honda Civic Sedan 2022 Kini Bermula Di Kanada

Produksi Honda Civic Sedan 2022 telah bermula di kilang pengeluaran Honda of Canada (HCM) yang terletak di Alliston, Ontario. Sementara itu, Civic Hatchback yang akan diperkenalkan tidak lama lagi pula akan dihasilkan di Greensburg, Indiana, Amerika Syarikat.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-12

Civic telah dihasilkan di Amerika Utara selama 35 tahun dengan hampir 11 juta unit dikeluarkan di Amerika Syarikat dan Kanada. HCM telah menjadi lokasi pengeluaran model itu secara berterusan sejak 33 tahun lalu, lebih lama berbanding kilang-kilang Honda lain di seluruh dunia.

Diperkenalkan pada 28 April lalu, Civic generasi ke-11 tampil dengan arah reka bentuk baharu yang lebih bersih dan kemas yang akan turut digunakan oleh model-model Honda lain pada masa depan. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan falsafah ‘Man Maximum/Machine Minimum’ yang memaksimumkan ruang kabin untuk penumpang dan meminimumkan ruang yang diperlukan untuk komponen mekanikal.

Honda-Civic-Sport-2022_cabin-5.0

Akibat sekatan perjalanan kerana pandemik COVID-19 yang menghalang jurutera Honda R&D dari Jepun dan Amerika Syarikat dari datang ke Kanada, pasukan jurutera HCM terpaksa memikul peranan yang lebih besar dalam menyiapkan Civic Sedan untuk memasuki fasa pengeluaran.

Ini termasuklah menggunakan pelekat struktur secara lebih meluas bagi menghasilkan badan yang lebih kukuh, menggunakan pematerian laser untuk menyambungkan bumbung dengan panel sisi, menyembur busa ke dalam rongga struktur badan bagi mengurangkan bunyi dari transmisi, menggunakan proses produksi baharu untuk permukaan panel instrumen serta memasang panel mesh sarang lebah pada bahagian hadapan panel instrumen.

Selain kereta itu sendiri, HCM turut mengeluarkan enjin aspirasi natural 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 153 hp dan 187 Nm untuk Civic. Sementara itu, enjin turbo 1.5-liter empat silinder dengan 180 hp dan 240 Nm pula akan dihasilkan di kilang enjin Honda Anna di Ohio.

Previous post

Subaru Outback Wilderness Diperkenalkan Di Pasaran AS

Next post

Kempen Raya-Raya Volkswagen Passenger Cars Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *