Promosi

Kempen Raya-Raya Volkswagen Passenger Cars Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-12

Kempen Volkswagen Raya-Raya
Bermula sekarang hingga 31 Mei, pelanggan Volkswagen akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 ke atas model-model terpilih. Passat Elegance hadir bersama insurans percuma selama 1 tahun, manakala Passat R-Line ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun. Kedua-dua varian Passat itu ditawarkan dengan penjimatan tambahan dalam talian sebanyak RM3,500 apabila pelanggan membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.

Tiguan Allspace Highline
Tiguan Allspace Highline 2021 kini ditawarkan dengan rim aloi Nizza bersaiz 18 inci, soket pengecasan USB-C, kemas kini radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D. Pelanggan Tiguan Allspace Highline juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500.

Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace R-Line 2021 didatangkan dengan port data dan pengecasan USB-C serta naik taraf radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect tanpa wayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto.

Kempen Raya Selepas Jualan
Dari sekarang sehingga 13 Jun, pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati potongan sebanyak 20% untuk minyak enjin tulen Volkswagen. Mereka yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma. Pemilik juga akan menerima paket Raya Volkswagen secara percuma.

Selain itu, pemilik akan menerima diskaun sebanyak 20% ke atas semua bilah pengelap cermin bermula sekarang hingga 30 Jun di semua pusat servis di seluruh negara.

Rakan Insuran VIP Yang Baru
VPCM mengumumkan rakan insurans baharu di bawah Volkswagen Insurance Plan (VIP) iaitu AXA Affin General Insurance Berhad. Affin menyertai rakan insurans sedia ada VIP seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.

Previous post

Pengeluaran Honda Civic Sedan 2022 Kini Bermula Di Kanada

Next post

Chemtrax Menerima 3 New Truck Generation Scania Yang Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *