Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu MU-X Generasi Kedua Bakal Dilancarkan Di Australia

Isuzu Ute Australia telah menyiarkan beberapa gambar rasmi awal Isuzu MU-X baharu, yang mana akan dilancarkan secara dalam talian dalam masa beberapa bulan akan datang.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-54

Seperti yang boleh dilihat, model generasi kedua ini menampilkan reka bentuk yang lebih menarik berbanding model terdahulu menerusi penggayaan lebih segar yang menggunakan garisan-garisan yang lebih kemas.

Di hadapan, terdapat gril signatur Isuzu dengan bar melintang berkembar yang diapit oleh sepasang lampu bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED. Sementara itu, rekaan lampu yang langsing dan bampar yang ringkas membuatkan bahagian belakang model ini kelihatan segak. Untuk pasaran Australia, ia akan didatangkan dengan berukuran rim 20 inci.

Seperti bahagian luarannya, rekaan ruang dalaman SUV tujuh tempat duduk ini juga tampil lebih berkelas tinggi, terutamanya pada bahagian papan pemuka. Antara kelengkapan standard yang disertakan pada model ini termasuklah skrin sentuh berukuran sembilan inci dengan Apple CarPlay serta sistem bantuan pemandu pintar atau Intelligent Driver Assistance System (IDAS).

Walapun spesifikasi teknikal masih belum didedahkan setakat ini, kami boleh mengesahkan yang MU-X menggunakan casis ‘ladder-frame’ yang sama dengan D-Max sekarang. Oleh itu, ia berkemungkinan besar akan ditawarkan dengan enjin turbodiesel 3.0-liter empat silinder dengan 190 PS dan 450 Nm yang sama.

Previous post

Lagi Kejadian Pemandu Tesla Tidur Sambil Guna Mod Autopilot

Next post

Jaguar E-PACE Dapat Facelift Di UK Dengan R-Dynamic Black Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *