Berita Auto

Hyundai Elantra Kini Dalam Varian Executive – RM139,888

Apabila Hyundai Elantra dilancarkan di pasaran Malaysia pada Disember tahun lalu, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu Premium. Kini, barisan model itu telah diperluaskan lagi dengan penambahan varian baharu iaitu Executive.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-3

Dijual pada harga RM139,888, iaitu RM19,000 lebih rendah berbanding varian Premium, Elantra Executive hadir dengan upholsteri fabrik berwarna hitam, pelarasan manual untuk tempat duduk serta kluster meter analog dengan skrin TFT LCD berukuran 4.2 inci.

Fungsi-fungsi pemanas dan pengudaraan pada tempat duduk hadapan telah dikeluarkan, begitu juga dengan fungsi pemanas stereng, cerman pandang belakang electrochromic, pengecas telefon wayarles dan kluster instrumen digital 10.25 inci Supervision TFT. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya paparan lapan inci dengan Apple CarPlay wayarles dan Android Auto masih ada.

Sistem keselamatan dan bantuan pemandu Hyundai Smartsense turut dikekalkan, namun ia kini hanya merangkumi ciri-ciri asas iaitu Blind Spot-Collision Warning, Rear Cross Traffic Collision Warning, Safe Exit Warning dan Rear Occupant Alert.

Seperti varian Premium, Elantra Executive dikuasakan oleh enjin Smartstream 1.6-liter empat silinder berkuasa 123 PS dan 154 Nm, dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (IVT) yang memacu roda hadapan.

Diedarkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors, model ini didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 300,000 km.

Previous post

Daihatsu Rocky Dilancarkan Di Indonesia

Next post

Produksi BMW MINI Tergendala Kerana Kekurangan Cip

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *