Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Concept EQT Adalah Van Elektrik Dari Mercedes-Benz

Pada Julai tahun lalu, Mercedes-Benz Vans pernah mengumumkan yang ia akan membangunkan model van penumpang berorientasikan gaya hidup iaitu T-Class. Kini setelah hampir setahun, akhirnya kita dapat melihat rekaan bentuk model itu menerusi varian elektrik sepenuhnya yang dikenali sebagai EQT.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-22

Jika diikutkan, EQT masih dalam fasa konsep namun elemen-elemen rekaan yang ditampilkan menunjukkan yang ia sudah sedia untuk memasuki fasa produksi. Antara elemen yang dimaksudkan adalah rekaan gril tertutup dengan efek bintang 3D, jalur lampu yang menghubungkan lampu hadapan dan lampu belakang, serta bumbung panoramik. Rim aloi ringan berukuran 21 inci memberikannya imej yang premium.

Dibina di atas platform yang sama dengan Renault Kangoo e-tech, EQT mempunyai ukuran dimensi 4,945 mm panjang, 1,863 mm lebar dan 1,826 mm tinggi. Ukuran tapak roda tidak dinyatakan, namun van elektrik ini dilihat cukup besar untuk memuatkan tujuh penumpang, dengan tiga tempat duduk pada barisan kedua dan dua tempat duduk pada barisan ketiga.

Penampilan mewah dan moden EQT diserlahkan lagi menerusi penggunaan upholsteri kulit nappa putih, kemasan hitam berkilat pada corong pendingin hawa dan trim tergalvani pada papan pemuka. Seperti model-model Mercedes-Benz yang lain, ia mempunyai sistem pencahayaan ambien dan sistem infohibur MBUX dengan fungsi arahan suara.

Mercedes-Benz masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai trenkuasa elektrik dan jarak pemanduan EQT. Apa yang pasti, T-Class dan EQT akan dilancarkan di pasaran bermula tahun hadapan. Ia akan dijual bersama-sama dengan versi komersialnya iaitu Citan.

Previous post

Volkswagen Polo GTI Facelift Akan Diperkenalkan Bulan Hadapan

Next post

SUV Subaru Solterra Semua-Elektrik Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *