Cerita Auto

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Dilancarkan – RM673,323

Pada Februari lalu, kami melaporkan bahawa BMW Malaysia akan memperkenalkan BMW X7 versi pemasangan tempatan (CKD). Hari ini, SUV mewah itu telah dilancarkan ke pasaran secara rasmi pada harga RM673,323.61, iaitu lebih rendah berbanding jangkaan awal iaitu RM708,000.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-15

Seperti versi import (CBU) yang dilancarkan pada 2019, X7 CKD ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu xDrive40i Pure Excellence. Ia didatangkan standard dengan lampu hadapan BMW Laserlight yang mampu menerangi jalan sehingga 600 meter di hadapan, lampu kabus LED, dan rim aloi ringan 21 inci dalam penggayaan ruji Y 753 dwiwarna dengan tayar ‘run-flat’.

Ruang dalaman pula membawakan elemen trim “Crafted Clarity” buatan tangan yang dipotong dengan berlian, serta pelbagai kelengkapan lain yang meliputi stereng sport berkulit serta kerusi ‘comfort’ yang boleh dilaras secara elektrik.

Sistem infohibur terdiri daripada BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0 yang menggandingkan kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan kawalan yang sama besarnya, serta Head-Up Display. Turut disertakan adalah BMW Intelligent Personal Assistant dan BMW Gesture Control.

Ciri-ciri lain yang ada termasuklah Welcome Light Carpet, penyaman udara lima zon, sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, tirai gulung elektrik pada tingkap sisi, sistem Rear Entertainment Professional dan bumbung panorama Sky Lounge.

Terletak di bawah hud adalah enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris yang menjana 340 hp dan 450 Nm. Dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive, X7 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 6.1 saat.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Terdapat sistem bantuan pemandu yang merangkumi Parking Assistant Plus dan Reversing Assistant, serta pakej Driving Assistant dengan ciri Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Front Collision Warning With Brake Intervention, Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go dan Integral Active Steering.

Untuk pilihan warna, X7 xDrive40i Pure Excellence boleh didapati dalam lima warna. Warna Black Sapphire dan Sophisto Grey hadir dengan upholsteri Cognac Leather Vernasca, manakala Phytonic Blue dan Manhattan Metallic hadir dengan interior hitam berleliang yang bermaterialkan Leather Vernasca. Akhir sekali, warna Mineral White dipadankan dengan interior Leather Vernasca dalam warna Coffee dengan gubahan leliang berwarna hitam.

Previous post

BMW 740Le xDrive Kini Dengan Pakej M Sport - RM591,503

Next post

Tayar Run-Flat Berbanding Kit Repair Tayar Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *