Berita Auto

BMW M4 Competition Convertible Hadir Dengan M xDrive

BMW telah memperkenalkan jentera terbaru yang menyertai barisan M4 iaitu M4 Competition Convertible dengan M xDrive. Seperti yang tertera pada namanya, model ini hadir dalam spesifikasi Competition yang bermakna ia mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding M4 ‘standard’.

Dalam versi Competition, enjin twin-turbo berkapasiti 3.0-liter dengan enam silinder yang disusun dalam kedudukan sebaris itu menghasilkan 503 hp dan 650 Nm. Gabungan transmisi M Steptronic lapan kelajuan dan pacuan semua roda M xDrive membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat, hanya 0.2 saat lebih perlahan berbanding M4 Competition Coupe dengan M xDrive.

Walaupun mempunyai bumbung fabrik ‘soft top’, ia masih mampu mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Menariknya, pelanggan boleh mendapatkan pakej M Driver’s yang boleh meningkatkan kelajuan maksimum kepada 280 km/j.

Bercakap tentang bumbung, BMW berkata bahawa ia 40 peratus lebih ringan jika dibandingkan dengan bumbung ‘hard top’ yang digunakan oleh M4 Convertible generasi terdahulu (F83). Ini membolehkan ia dibuka atau ditutup dalam 18 saat ketika kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 50 km/j.

BMW M4 Competition Convertible M xDrive

Selain itu, M4 Competition Convertible ini sama sahaja dengan versi Coupe, termasuk mempunyai gril ‘kidney’ yang besar, dua pasang muncung ekzos berbentuk bulat serta gabungan rim 19 dan 20 inci. Kelengkapan lain yang turut disertakan termasuklah Active M Differential (dengan mod 4WD, 4WD Sport dan 2WD), suspensi adaptif M dan sistem brek M Compound.

Previous post

Tajuddin Ditamatkan Perkhidmatanya Sebagai Pengurusi Prasarana Selepas Sidang Media Hebatnya

Next post

Renault Captur Hybrid Sudah Menjadi Jualan Terbaik di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *