Berita Auto

VIDEO: Toyota Harrier 2.0 Luxury – RM250k

Toyota Harrier generasi keempat baru sahaja dilancarkan di Malaysia oleh UMW Toyota Motor. SUV mewah itu kini dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) namun ia tidak lagi dikuasakan oleh enjin turbo seperti model generasi terdahulu.

Ditawarkan dalam varian 2.0 Luxury dan diimport sepenuhnya dari Jepun, Harrier dijual pada harga RM249,706.50 (harga atas jalan tanpa insurans) selepas pengecualian cukai jualan. Ia didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Seperti yang boleh dilihat, Harrier tampil dengan penampilan yang lebih segar yang disampaikan menerusi konsep Dignified Elegance. Rekaan bahagian hadapannya lebih menawan, manakala profil sisinya tidak ubah seperti sebuah coupe. Penampilannya diserikan lagi dengan lampu utama Bi-LED yang mempunyai lampu nyalaan siang berbentuk L, lampu LED belakang yang panjang, serta rim aloi 18 inci.

Terdapat lima pilihan warna luaran iaitu Steel Blonde Metallic, Slate Grey Metallic, Precious Black, Dark Blue Metallic, dan White Pearl Crystal Shine

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Masuk ke bahagian dalam, ruang kabin model ini dihiasi dengan upholsteri kulit mewah berwarna hitam yang dipadankan dengan material sentuhan lembuat pada papan pemuka dan konsol tengah. Anda akan menjumpai beberapa ciri menarik seperti bumbung matahari elektro-kromatik yang boleh digelapkan melalui sentuhan butang kawalan dan cermin pandang belakang digital.

Ciri-ciri lain yang disertakan secara standard termasuklah ciri pelarasan kuasa 12 arah untuk kerusi pemandu, tiang stereng yang dinaikkan secara automatik untuk memudahkan pemandu keluar masuk, paparan Head-Up Display (HUD) dan sistem pendingin hawa dua zon automatik dengan teknologi nanoe X. Tailgate dengan sensor kaki pula memberikan akses ke ruang but dengan lebih mudah.

Sistem infotainmen terdiri daripada skrin sentuh berukuran lapan inci yang didatangkan lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Di samping, pengecas wayarles Qi serta port pengecas USB pada bahagian depan dan belakang turut disertakan untuk kemudahan penumpang.

Di bawah hud, enjin Dynamic Force (M20A-FKS) 2.0-liter empat silinder DOHC dengan Dual VVT-i yang dipadankan dengan Transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) menjana 173 PS pada 6,600 rpm dan 203 Nm dari 4,400 hingga 4,900 rpm.

Transmisi berkenaan memacu roda hadapan dan didatangkan dengan fungsi Sequential Shiftmatic yang membolehkan penukaran gear dilakukan dengan lancar. Selain itu, pemandu boleh memilih mod pemanduan Eco, Normal atau Sport untuk karakter pemanduan yang berbeza.

Sistem gantungan Harrier merangkumi Topang MacPherson pada bahagian depan dan ‘double wishbone’ pada bahagian belakang. Menurut Toyota, geometri bagi kedua-duanya telah dioptimumkan untuk menghasilkan pemanduan yang lebih seimbang.

Bukan itu sahaja, penggunaan platform TNGA juga memberikannya struktur badan yang lebih kukuh dengan titik graviti lebih rendah dengan ketinggian yang dikurangkan sebanyak 30 mm. Hasilnya adalah keselesaan, kelincahan serta prestasi pemanduan yang lebih baik.

Dari segi keselamatan, Harrier didatangkan standard dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Pre-Crash System, Lane Departure Alert dengan Steering Assist, Lane Tracing Assist, Dynamic Radar Cruise Control, dan Adaptive High-Beam System.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Tyre Pressure Monitoring System, Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Auto Brake, Vehicle Stability Control, Traction Control, Emergency Stop Signal, sensor parkir dan tujuh beg udara.

Previous post

Hyundai Melancarkan MPV Mewah STARIA

Next post

Ini Dia Honda Civic Sedan Generasi Ke-11 Versi Produksi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *