Berita Auto

Toyo Tires Lantik Tengku Djan Sebagai Duta Jenama

‘Prince of Drift’ Malaysia, Tengku Djan Ley telah dilantik sebagai duta jenama tayar terkenal iaitu Toyo Tires. Beliau akan memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran syarikat itu.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-8

Kerjasama dengan Tengku Djan merupakan sebahagian daripada rancangan Toyo Tires untuk memperkukuhkan kehadiran jenamanya di Malaysia, yang dianggap sebagai salah sebuah pasaran terpenting di Asia Tenggara.

Pemilihan Tengku Djan adalah selaras dengan reputasi beliau sebagai salah satu ikon sukan permotoran yang terkenal di Malaysia. Beliau menempa nama dalam beberapa kejohanan di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk perlumbaan Sepang 1000 KM, D1 Grand Prix “All Star” World Championship, Formula Drift Asia dan Toyota Gazoo Racing Festival, yang juga ditaja oleh Toyo Tires.

Tengku Djan dilihat sesuai untuk mewakili Toyo Tires yang merupakan jenama global yang menawarkan prestasi, ketahanan dan keselamatan kepada penggunanya. Pelantikan beliau sebagai duta jenama Toyo Tires diharap dapat menarik segmen pelanggan baharu.

“Kejayaannya dalam sukan permotoran serta pengetahuan teknikal beliau amat sesuai dengan semangat Toyo Tires, oleh itu kami berharap untuk menjalankan kerjasama yang erat dengannya untuk masa yang mendatang,” kata Masaomi Kono, Naib Presiden Toyo Tires Sales & Marketing Malaysia Sdn Bhd.

Sementara itu, Tengku Djan pula berkata, “Kebelohan syarikat ini untuk menghasilkan tayar berprestasi tinggi di atas litar dan tayar di atas jalan raya sangat saya kenali. Sebab inilah saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan lebih rapat bersama Toyo Tires kerana semua orang harus mengetahui tentang produk keluaran Toyo Tires yang meliputi hampir segala keperluan permotoran Malaysia kini.”

Toyo Tires akan memberikan sokongan penuh kepada Tengku Djan yang akan memulakan aktiviti perlumbaan beliau dalam siri Toyota Gazoo Racing Festival dan siri GT World Challenge Asia. Dalam masa yang sama, Tengku Djan akan terlibat dalam beberapa projek yang akan dilancarkan secara eksklusif menerusi rangkaian media sosial Toyo Tires.

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Capai Jualan Tertinggi Dalam Sejarah

Next post

Kecurian Kereta Di Malaysia Turun 37% Tahun Lepas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *