Cerita Auto

Subaru BRZ Boleh Dipesan Dengan Aksesori STI Di Jepun

Subaru telah memperkenalkan barisan aksesori STI untuk BRZ generasi kedua, sempena dengan pelancaran rasmi kereta sport itu di pasaran Jepun.

BHPetrol_Euro5 Diesel_Web Banner_BM_GoHedGostan

Untuk penampilan yang lebih agresif, model coupe pacuan roda belakang yang dibangunkan secara bersama dengan Toyota GR 86 itu boleh didapati dengan spoiler lip hadapan, lampu nyalaan siang LED tambahan pada trim lubang ambilan udara, kemasan dapra hadapan serta rim STI yang didatangkan dalam rekaan Y-Spoke dengan warna gangsa sebagai penyudah.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan winglet pada skirt sisi, diffuser belakang yang lebih menonjol, penjana vortex yang terletak pada bahagian atas cermin belakang serta spoiler nipis. Sebagai alternatif, Subaru turut menawarkan spoiler GT yang diperbuat daripada gentian karbon dengan pemegang leher angsa (swan neck).

Apa yang menarik, pakej aksesori ini bukan sahaja dapat meningkatkan penampilan luaran BRZ, malah memperbaiki prestasinya. Setakat ini, STI menawarkan dua komponen iaitu V-bar yang bertujuan memberikan pengendalian yang lebih tajam serta sistem ekzos sport muncung berkembar lengkap dengan logo STI.

Tidak dapat dipastikan sama ada ekzos tersebut memberikan kuasa kuda tambahan, namun dalam versi standard, BRZ mempunyai 228 hp (231 PS) dan 249 Nm yang dibekalkan oleh enjin boxer 2.4-liter empat silinder.

Previous post

Nikmati Rebat Tunai Sehingga RM30k Dengan Pembelian Subaru Forester

Next post

Volta Melancarkan Lori ZERO Elektrik Penuh Di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *