Berita Auto

Renault Mahu Hadkan Kelajuan Maksimum Kenderaan Mereka Pada 180 Km/j

Beberapa hari yang lalu, timbul laporan bahawa Renault akan mengehadkan kelajuan maksimum pada 180 km/j pada semuanya kenderaan keluarannya. Kini, pengeluar dari Perancis itu secara rasminya telah mengesahkan perkara tersebut.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata bahawa bermula 2022, Megane-E akan dilengkapi dengan pelaras had kelajuan automatik yang menyaksikan kelajuan maksimum model itu dihadkan pada 180 km/j. Ciri yang sama juga akan disertakan pada model Dacia.

Dalam satu pertemuan dengan pemegang saham, Ketua Pegawai Eksekutif Renault Luca de Meo memberitahu bahawa pengehad kelajuan adalah satu keperluan memandangkan memandu pada kelajuan yang tinggi adalah penyumbang utama kematian di jalan raya.

Beliau berkata bahawa model-model keluaran Renault dan Dacia pada masa hadapan akan didatangkan dengan sistem Safety Coach yang berfungsi untuk melaraskan kelajuan maksimum kenderaan berdasarkan halaju tempatan serta faktor-faktor lain seperti keadaan jalan raya dan cuaca.

Jika anda masih ingat, Volvo pernah mengumumkan perkara yang sama pada 2019. Walaupun menerima pelbagai kritikan hebat, pengeluar kenderaan dari Sweden itu tetap berteguh dengan keputusannya. Kini, setiap kenderaan Volvo yang dijual di pasaran mempunyai kelajuan maksimum yang ditetapkan pada 180 km/j.

Previous post

Porsche Asia Pacific Jual 827 Unit Kenderaan Pada Q1 2021

Next post

Hyundai Kona N Berprestasi Mengagumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *