Berita Auto

Proton Mula Pembinaan Kilang Penghentakan Di Tanjung Malim

Proton baru-baru ini telah merasmikan upacara pecah tanah untuk penambahan kilang penghentakan badan kereta (body stamping) di Tanjung Malim yang dijangka siap pada suku ketiga 2022. Menurut syarikat itu, penggunaan jentera hentakan ‘Superlarge’ di kilang baharu itu mampu memberi sumbangan kepada barisan pengeluaran sedia ada.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-12

Projek ini melibatkan pelaburan sebanyak RM200 juta dan ia merupakan sebahagian dari rancangan Proton untuk menaikkan taraf Tanjung Malim ke kilang pembuatan tahap dunia dengan pengeluaran panel badan yang lebih besar. Selain daripada pelaburan ini, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada tahun 2019.

Pihak syarikat berkata pelaburan ini adalah selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan mereka kerana ia membolehkan pembuatan pelbagai model. Ia juga selaras dengan strategi teknologi Proton kerana kilang baru itu akan menggunakan alatan dan sistem canggih.

Proton Kilang Penghentakan Tanjung Malim

“Walaupun kami berpuas hati dengan kemajuan syarikat setakat ini, Proton perlu sentiasa bergerak ke depan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Penambahan baru ini adalah sebahagian dari strategi kami untuk memastikan kami boleh terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan. Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model tetapi lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baru,” tambah beliau.

Prestasi Proton telah meningkat secara mendadak dalam masa tiga tahun yang lepas dengan pelancaran barisan model baru, menambah pegangan pasaran, meningkatkan tahap kualiti dan juga merombak rangkaian pengedarnya. Hasil daripada perubahan ini, syarikat berjaya menyandang gelaran sebagai satu- satunya pengeluar kenderaan di Malaysia yang menambah jualan pada tahun 2020.

“Haluan dan perkembangan masa depan Proton adalah jelas. Malaysia akan tetap menjadi pasaran utama tetapi syarikat perlu mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara. Fasiliti baru ini adalah sebahagian kecil dalam perjalanan itu tetapi ia amat penting kerana ia membolehkan penambahan penggunaan komponen tempatan pada masa hadapan. Ini juga akan membolehkan Proton melibatkan lebih ramai vendor tempatan dalam proses pengeluarannya dan dengan demikian, mengembangkan lagi ekosistem automotif tempatan,” tambah Dr Li.

Previous post

Mitsubishi Airtrek Kembali Sebagai EV

Next post

Ferrari 812 Superfast Edisi Terhad Bakal Hadir Dengan 830 PS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *