Bisnes

Proton Jual Hampir 15,000 Unit Kenderaan Pada Mac 2021

Pencapai positif Proton bagi tahun 2021 berterusan apabila syarikat itu mencatat jualan sebanyak 14,989 unit pada bulan Mac, bersamaan dengan kenaikan 26.2% berbanding bulan Februari. Menurut syarikat itu, ini merupakan prestasi jualanan bulanan terbaik mereka sejak September 2013.

Bagi prestasi jualan sukuan pula, Proton mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan angka tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012.

Saga kekal sebagai model paling laris syarikat dengan sebanyak 5,589 unit telah diserahkan, menunjukkan peningkatan sebanyak 32.5% berbanding Februari. Persona, Iriz dan Exora juga mencatatkan angka terbaik mereka untuk tahun ini dengan MPV segmen-C itu sekali lagi menduduki tempat pertama bagi segmennya.

Untuk model-model SUV pula, Proton berkata bahawa sebanyak 3,513 unit X50 telah berjaya diserahkan kepada pemilik pada bulan lalu. X70 pula menunjukkan prestasi bulan-ke-bulan yang memberangsangkan dengan kenaikan sebanyak 58.4% kepada 2,337 unit.

Jika digabungkan, ini bermakna Proton mencapai rekod dalaman baru dengan 5,850 unit X50 dan X50 diserahkan, mengalahkan rekod sebelumnya sebanyak 4,820 unit pada bulan lalu.

Previous post

Ativa Pacu Jualan Suku Pertama 2021 Perodua

Next post

Ini Dia Suzuki GSX-R1000R 100th Anniversary Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *