Bisnes

Porsche Asia Pacific Jual 827 Unit Kenderaan Pada Q1 2021

Porsche Asia Pacific telah mengumumkan prestasi jualan bagi tempoh suku pertama 2021, di mana sebanyak 827 unit kenderaan telah berjaya dijual. Ia merupakan suku pertama yang terbaik bagi syarikat itu, dengan peningkatan sebanyak 28% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pemacu utama pencapaian tersebut adalah model-model elektrik bateri (BEV) dan elektrik hibrid plug-in (PHEV), yang menyumbang hampir separuh (47%) kepada jumlah jualan keseluruhan. Ini menunjukkan Porsche berada pada landasan yang tepat bagi mencapai sasaran global iaitu menjelang 2025, separuh daripada semua kenderaan Porsche yang terjual adalah model elektrifikasi.

Bagi model elektrik pertama Porsche iaitu Taycan, sebanyak 150 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Apa yang menarik, 60% daripada pembelinya tidak pernah memiliki mana-mana model Porsche sebelum ini.

Selain New Zealand, Thailand, Singapura dan Malaysia menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan, sekaligus menunjukkan kepentingan Asia Tenggara kepada jenama itu. Fokus utama akan diberikan kepada kelestarian, yang akan dimulakan dengan projek rangkaian pengecasan berprestasi tinggi (HPC) rentas sempadan bersama Shell.

Selain itu, Porsche Asia Pacific berkata bahawa rangkaian jualannya akan diperkembangkan lagi dengan pembukaan Porsche Centre Johor Bahru.

Previous post

Maserati Berikan Levante Dan Ghibli Cat F Tributo

Next post

Renault Mahu Hadkan Kelajuan Maksimum Kenderaan Mereka Pada 180 Km/j

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *