Cerita Auto

Nissan Perkenal GT-R NISMO Edisi Istimewa Di Jepun

Nissan GT-R R35 sudah berada di pasaran sejak 14 tahun yang lalu dan nampaknya jangka hayat supercar itu akan dipanjangkan lagi dengan pengenalan GT-R NISMO versi terbaharu. Kali ini, ia boleh didapati dalam versi edisi istimewa.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-19

Bakal dilancarkan di Jepun pada Oktober tahun ini, kedua-dua versi boleh didapati dalam warna eksklusif Stealth Grey baharu yang diinspirasikan oleh permukaan tarmac litar lumba di mana model itu pernah mencatatkan rekod serta bertanding.

GT-R NISMO Edisi Istimewa didatangkan dengan hud gentian karbon dengan lapisan ‘clear coat’ yang mendedahkan tekstur sulamannya. Penggunaan hud ini bukan sahaja membuatkan ia tampil lebih garang, malah mengurangkan berat keseluruhannya sebanyak 100 gram.

Selain itu, ia dipakaikan rim tempaan aluminium Rays berukuran 20 inci yang dihiasi dengan jalur merah. Buat pertama kalinya, GT-R menggunakan logo baharu Nissan pada bahagian belakang serta rim. Logo ini membuat kemunculan sulungnya menerusi SUV elektrik Nissan Ariya pada tahun lalu.

Seperti sebelum ini, kuasa dibekalkan oleh enjin VR38DETT 3.8-liter twin turbo V6 yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari GT-R GT3. Hasilnya adalah 600 PS dan 652 Nm, yang disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar enam kelajuan.

Menurut Nissan, GT-R NISMO Edisi Istimewa akan dibina mengikut tempahan yang diterima. Untuk mendapatkan rev dan putaran turbo yang lebih pantas, enjin tersebut telah dinaik taraf dengan pelbagai komponen baharu termasuk gelang omboh, rod penghubung, aci engkol, flywheel dan spring injap yang lebih ketat.

Sudah tentu, setiap enjin yang menguasai GT-R dibina dengan tangan oleh juruteknik ‘takumi’. Plat pengiktirafan yang terdapat pada enjin ini didatangkan dalam warna eksklusif.

GT-R NISMO kekal sebagai kenderaan prestasi dari Jepun yang dilengkapi dengan sistem brek paling besar, dengan cakera berukuran 410 mm di hadapan dan 390 mm di belakang, serta angkup keluaran Brembo.

Mereka yang tidak mampu membeli GT-R NISMO yang sebenar boleh mendapatkan versi mainan melalui Tomica Happy Set dari McDonald’s. Set makanan itu akan dijual di rangkaian McDonald’s Jepun untuk tempoh yang terhad bermula 16 April ini.

Previous post

Nikmati Penjimatan Sehingga RM8,000 Untuk Ford Ranger Raptor Dan WildTrak

Next post

3 Pemenang Terakhir Kempen 1 Million Dreams Honda Malaysia Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *