Promosi

Nikmati Penjimatan Sehingga RM8,000 Untuk Ford Ranger Raptor Dan WildTrak

Bersempena dengan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, menawarkan penjimatan menarik untuk Ranger Raptor dan WildTrak buatan 2020. Tawaran ini sah sehingga 30 April 2021.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-19

Pelanggan yang mengidamkan Ranger Raptor boleh berjimat sehingga RM8,000, manakala mereka inginkan Ranger WildTrak boleh menikmati penjimatan sehingga RM7,000.

“Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan para pelanggan yang bijak dan peminat pikap di Malaysia. Dengan tawaran instimewa ini, kami berharap dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” kata Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Dengan DNA Ford Performance, Ranger Raptor kekal sebagai trak pikap berprestasi dan berkelajuan tinggi buatan kilang yang unggul di Malaysia. Prestasi lasak Raptor disampaikan menerusi sistem gantungan Fox Racing Shox, Sistem Pengurusan Mukabumi (Terrain Management System) dengan mod Baja dan enjin diesel 2.0L Bi Turbo berkuasa 213 PS dan 500 Nm yang dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan.

Untuk pelanggan yang mencari perincian yang tiada dalam segmen pikap, Ranger WildTrak adalah pilihan yang sesuai. Ia menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri yang berkelas seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan dan Amaran Pelanggaran Depan.

Ranger WildTrak juga didatangkan dengan Parkir Selari Separa Automatik yang pertama dan satu-satunya dalam kelas, dicipta untuk membantu anda mencari ruang parkir dengan saiz yang sesuai dan turut memandu sendiri secara automatik untuk parkir yang tepat. Ini menjadikan parkir selari di tempat parkir yang sempit lebih senang dan mudah.

Previous post

VinFast Mungkin Memasuki Pasaran Saham AS

Next post

Nissan Perkenal GT-R NISMO Edisi Istimewa Di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *