Bisnes

Mitsubishi Motors Malaysia Capai Jualan Tertinggi Dalam Sejarah

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatatkan prestasi jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan 4,156 unit kenderaan terjual bagi suku keempat tahun kewangan 2020 (Januari hingga Mac 2021), sekaligus menjadikannya jenama bukan nasional tiga teratas untuk tiga bulan berturut-turut.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-8

Menurut MMM, prestasi itu mewakili peningkatan sebanyak 135% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Bagi tempoh kewangan 2020 (April 2020 – Mac 2021) pula, syarikat itu mencapai peningkatan sebayak 51% dengan jualan mencecah 11,554 unit berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Pencapaian itu disumbangkan oleh permintaan tinggi terhadap XPANDER, yang telah mencatat lebih 9,300 tempahan sejak pelancarannya pada November tahun lalu. Setakat ini, sebanyak 2,742 unit model itu telah diserahkan kepada pemiliknya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, disebabkan sambutan positif yang luar biasa untuk XPANDER, syarikat itu akan meningkatkan jumlah pengeluaran bagi memenuhi permintaan.

Sementara itu, Triton terus popular di kalangan pelanggan dengan jualan sebanyak 7,568 unit pada tahun kewangan 2020, iaitu 32% lebih tinggi berbanding tahun kewangan 2019.

Previous post

Volta Melancarkan Lori ZERO Elektrik Penuh Di Eropah

Next post

Toyo Tires Lantik Tengku Djan Sebagai Duta Jenama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *