Berita Auto

Honda Malaysia Lantik Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Pertama

Honda Malaysia telah mengumumkan pelantikan Madoka Chujo sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertamanya. Beliau menggantikan Toichi Ishiyama.

Madoka Chujo secara rasminya memulakan tugas beliau pada 1 April 2021. Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Honda Canada Inc. sejak 2019.

Kerjaya beliau dengan Honda bermula 23 tahun lalu pada 1997 dan semenjak itu, beliau menyandang banyak jawatan di Jepun, China, Sepanyol dan Kanada. Kepakaran dan pengalaman beliau adalah dalam bidang Strategi Jualan sepanjang bertugas di negara-negara tersebut.

Bercakap mengenai tugas baharunya di Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata bahawa Malaysia adalah pasaran yang penting dalam rantau Asia dan Oceania, di mana Honda Malaysia telah mencatat beberapa pencapaian jualan dan telah menjadi salah satu jenama automotif terkemuka dalam negara.

Pemegang jawatan terdahulu iaitu Toichi Ishiyama menyertai Honda Malaysia pada November 2017 dan pelancaran pertama beliau adalah kereta produksi pacuan roda hadapan (FWD) terpantas dunia iaitu Civic Type R. Tahun-tahun berikutnya, Toichi Ishiyama turut melancarkan beberapa model baharu seperti City generasi kelima serta RS e:HEV pada Oktober tahun lalu. Ia meruapakan kali pertama inisiatif Honda e:TECHNOLOGY diperkenalkan di rantau Asia dan Oceania.

Sepanjang tiga tahun di Malaysia, Toichi Ishiyama telah berjaya menerajui Honda Malaysia untuk mencapai 900,000 jualan pada 2019, selain mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama Bukan Nasional No.1 untuk enam tahun berturut-turut pada 2020. Di bawah pimpinan beliau, Honda Malaysia turut berjaya mencecah jualan 1 juta unit pada Mac 2021. Ia merupakan pencapaian yang bermakna kerana ia dilakukan semasa pandemik COVID-19.

Beliau akan berangkat pulang ke Jpeun bagi menggalas tugas baharu dalam Perniagaan Automobil, Divisyen Strategi Perniagaan, Honda Motor Co., Ltd., Japan.

Previous post

Sime Darby Motors City Dibuka Dengan Rasminya Di Ara Damansara

Next post

Proton Saga Masuk Pasaran Pakistan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *