Berita Auto

Hans de Visser Dilantik Sebagai Bos BMW Group Malaysia Yang Baharu

BMW Group AG telah melantik Hans de Visser selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia yang baharu, berkuat kuasa pada 1 Mei 2021.

De Visser akan mengambil alih peranan dan tanggungjawab daripada Pengarah Urusan semasa, Harald Hoelzl yang akan memangku jawatan baharu di BMW Group AG.

De Visser mempunyai pengalaman yang melebihi 29 tahun dalam pelbagai fungsi di BMW Group, bermula sebagai Pengurus dalam Komunikasi Pemasaran di BMW Motorrad, Munich.

Sebelum jawatan semasanya di BMW Russia selaku Pengarah Pemasaran, de Visser telah berkhidmat dengan memenuhi peranan-peranan yang berbeza dalam bidang Jualan dan Pemasaran di pelbagai pasaran secara global, termasuk Timur Tengah, Eropah Timur-Tengah, Sepanyol dan ibu pejabat BMW Group di Munich.

Hendrik von Kuenheim, Naib Presiden Kanan Rantau Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah, dan Afrika menyatakan, “Pengalaman Hans yang luas dalam bidang pemasaran dan jualan yang melibatkan pelbagai peranan, serta latar belakang antarabangsanya pasti dapat memberi manfaat yang besar dalam jawatan beliau yang baharu.”

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa di BMW Group Malaysia akan mengiringi de Visser sepanjang dua bulannya yang pertama di Malaysia sebelum menggalas peranan baharu untuk BMW Group di Vienna, Austria.

Harald Hoelzl

“Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harald atas sumbangannya di Malaysia. Beliau dan rakan sepasukan telah menjadikan BMW Nombor Satu dalam segmennya di samping memperkukuhkan kedudukan syarikat ini di Malaysia,” tambah von Kuenheim.

Sepanjang tempoh beliau di Malaysia, Hoelzl telah menerajui BMW Group Malaysia sehingga mencapai semula posisi Nombor Satu dengan penguasaan lebih daripada 52% bahagian pasaran dalam segmen yang didudukinya, iaitu yang tertinggi bagi pengeluar kenderaan premium ini di seluruh dunia. BMW Group Malaysia telah mencatat pencapaian terbaik dalam Net Promoter Scoring (NPS) bagi perihal kepuasan pelanggan, yang menyaksikan lebih 90% pengguna memberi maklum balas positif melibatkan pengalaman mereka dengan jenama BMW dan MINI pada tahun 2020 – iaitu pencapaian kedua terbaik yang digarap dalam jaringan BMW Group.

Hoelzl juga berjaya menerajui BMW Group Malaysia untuk menjadi pembekal Mobiliti Berelektrik nombor satu serta pemasang automotif keluaran tempatan nombor satu di Malaysia.

Previous post

Honda Malaysia Panggil Semula 77,708 Unit Kenderaan Ganti Pam Bahan Api

Next post

5 Jenama Kereta Jepun Setuju Berkerjasama Membangunankan Komunikasi Dalam Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *