Berita Auto

3 Pemenang Terakhir Kempen 1 Million Dreams Honda Malaysia Diumumkan

Honda Malaysia, bersama dengan rakan jenamanya iaitu Cuckoo, Shopee dan Watsons, baru-baru ini mengumumkan tiga lagi pemenang bertuah kempen ‘1 Million Dreams’

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-19

Berikut adalah senarai pemenang yang membawa pulang model Honda edisi terhad selepas mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh jenama-jenama tersebut:

  • Megawati binti Affendi – Honda City – Cuckoo
  • Muhammed Faisal Adnan – Honda HR-V – Shopee
  • Mohd Aisamuddin Bin Mohd Azilah – Honda BR-V – Watsons

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, “Terima kasih kepada kepimpinan terdahulu yang sangat baik, komitmen kuat rakan sekerja dan pengedar, serta sokongan kerajaan Malaysia, Honda Malaysia berjaya mencapai banyak pencapaian yang luar biasa. Bulan lalu, Honda Malaysia berjaya mencapai jualan satu juta unit dan telah meraikannya dengan semua rakyat Malaysia.”

Model-model edisi khas yang direka khusus untuk kempen ini didatangkan dalam warna hitam dan putih, dengan aksen merah pada bahagian hadapan, cermin sisi dan rim. Ruang dalaman pula menampilkan sulaman 1 Million Dreams pada perehat, manakala stereng diberi balutan kulit dengan jahitan dan penanda merah. Setiap tujuh unit yang ditawarkan juga didatangkan dengan kantung kunci kulit eksklusif.

Previous post

Nissan Perkenal GT-R NISMO Edisi Istimewa Di Jepun

Next post

Hyundai Melancarkan MPV Mewah STARIA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *