Berita Auto

Tentera China Bimbang Kereta Tesla Boleh Mengintip

Dari memandu sendiri di lebuh raya hinggalah keluar dan masuk sendiri ke dalam petak parkir, kereta Tesla mampu melakukan apa saja. Namun, bolehkah ia digunakan untuk aktiviti pengintipan? Nampaknya, kerajaan China berpendapat demikian.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-29

Menurut laporan, tentera China telah melarang kenderaan Tesla daripada memasuki kompleks dan kawasan perumahannya kerana kebimbangan mengenai data sensitif yang dikumpulkan melalui kamera-kamera yang dipasang pada bahagian luar kenderaan.

Pemilik kenderaan Tesla telah dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan premis sebagai langkah mengelakkan ancaman keselamatan.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk berkata bahawa syarikatnya akan ditutup sekiranya kenderaan mereka digunakan untuk mengintip. Tambah beliau, terdapat insentif kuat untuk Tesla berahsia dengan data yang diperoleh.

Musk berucap di acara China Development Forum, beberapa jam selepas tangkap layar arahan larangan penggunaan kenderaan Tesla di kompleks kediaman tentera tular di media sosial China.

Seperti mana-mana kenderaan premium masa kini, kenderaan Tesla bergantung pada kamera luaran dan sensor ultrasonik untuk “melihat” dan menavigasi semasa melakukan tugas-tugas spesifik seperti pemanduan autonomi atau parkir automatik.

Beberapa model keluarannya seperti Model 3, dilengkapi dengan kamera dalaman (terletak di belakang cermin pandang belakang) yang boleh mengesan pergerakan mata dan kepala untuk melihat sama ada pemandu melihat jalan atau memandang ke arah lain. Bukan itu sahaja, kamera itu juga boleh mengesan penggunaan telefon semasa memandu atau jika pemandu melihat ke bawah semasa memakai cermin mata.

Tesla memasang Model 3 dan Model Y di kilang Gigafactory yang terletak di Shanghai. Siap dibina dalam masa kurang setahun, kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 8,000 unit kenderaan seminggu.

Previous post

Hyundai Dan Shell Bergabung Untuk Memperjuangkan Tenaga Bersih

Next post

Aston Martin Vantage F1 Edition Bawa Prestasi Litar Ke Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *