Berita Auto

Lexus IS 500 F Sport Performance Launch Edition Diperkenalkan

Lexus akan memulakan penjualan IS 500 F Sport Performance di Amerika Syarikat (satu-satunya negara di mana ia boleh didapati) dengan 500 unit model edisi terhad yang dikenali sebagai ‘Launch Edition’.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-29

Model ini menampilkan enjin yang sama dengan versi standard namun apa yang menjadikan ia lebih istimewa adalah penambahan kosmetik yang memberikannya penampilan yang lebih garang.

Bermula dengan bahagian luaran, IS 500 F Sport Performance Launch Edition ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Incognito. Menurut Lexus, ia merupakan rona baharu dalam barisan modelnya. Warna tersebut dipadankan dengan rim aloi BBS berukuan 19 inci berwarna hitam kusam. Ia bukan sahaja kelihatan lebih menarik, malah 1.8 kg lebih ringan berbanding rim 19 inci IS F Sport.

Di dalam, terdapat kemasan Ultrasuede hitam dan kelabu yang menghiasi tempat duduk hadapan dan belakang, panel pintu dan konsol tengah. Sementara itu, stereng yang dibalut kulit itu diberikan kemasan kayu Silver Ash yang unik serta lencana F Sport Peformance. Sebagai pelengkap kepada imej eksklusif model ini, Lexus turut menyertakan lencana nombor siri pengeluaran serta animasi eksklusif Launch Edition pada panel instrumennya.

Di bawah hud, enjin aspirasi natural 5.0 liter V8 daripada LC 500 itu menjana kuasa 472 hp pada 7,100 rpm dan 535 Nm pada 4,800 rpm. Penggunaan transmisi automatik lapan kelajuan membolehkan sedan empat pintu ini melakukan pecutan 0-96 km/j dalam 4.5 saat.

Selain mod Sport S dan Sport S+, ia juga dilengkapi dengan Adaptive Variable Suspension (AVS) dan LSD Torsen yang merupakan sebahagian daripada Dynamic Handling Package (DHP). Turut disertakan adalah peredam prestasi daripada Yamaha yang ditugaskan untuk meningkatkan kestabilan dan kelincahan pada kelajuan tinggi.

Previous post

Aston Martin Vantage F1 Edition Bawa Prestasi Litar Ke Jalan Raya

Next post

Kitar semula E-Waste Anda Di Mana-mana Dealer Kereta Volvo Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *