Bisnes

Gempa Bumi: Toyota Gantung Operasi Pengeluaran Di Jepun

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang melanda wilayah Fukushima, Jepun baru-baru ini telah memaksa Toyota untuk menangguhkan sementara pengeluaran kenderaan di sembilan kilang mereka.

Keputusan itu dibuat kerana gangguan rantaian bekalan yang dialami oleh Toyota berikutan operasi pembekal yang terjejas akibat bencana alam itu. Menurut laporan Auto News, penangguhan itu akan bermula dari 17 hingga 20 Februari, namun Toyota masih belum memutuskan bila pengeluaran akan disambung semula.

Penangguhan ini dikatakan melibatkan 14 daripada 28 barisan pengeluaran Toyota di negara itu. Model-model yang terjejas termasuklah Toyota RAV4, C-HR, Harrier. Model-model Lexus iaitu LS, IS, RC, LC, LX, NX, UX dan RX turut dijangka terlibat dengan penagguhan ini.

Bagaimanapun, masalah gangguan rantaian bekalan ini dilaporkan tidak akan menjejaskan operasi pengeluaran Toyota di luar Jepun.

Previous post

McLaren Mendedahkan Hybrid Plug-in Pertama Mereka - The Artura

Next post

Pelancaran Edisi Istimewa Proton Persona, Exora, Iriz, Saga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *