Berita Auto

Sebastian Vettel Ingin Jual 8 Jentera ‘Rare’ Miliknya

Enam tahun lalu, Sebastian Vettel menyertai pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari dengan harapan untuk mengikuti jejak langkah idolanya iaitu Michael Schumacher. Namun, seperti yang anda tahu, impiannya itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Untuk musim 2021, juara dunia empat kali itu akan mengubah haluan dengan mencuba nasib dengan Aston Martin pula. Namun sebelum musim baru membuka tirai, pemandu dari Jerman itu ingin melupakan episod hitamnya bersama Ferrari dengan menjual lima jentera ‘Prancing Horse’ miliknya.

Berikut adalah model-model Ferrari yang ingin dilepaskan oleh Vettel seperti yang disenaraikan oleh broker terkenal iaitu Tom Hartley Jnr:

Ferrari LaFerrari 2016

Antara unit terakhir yang dikeluarkan. Mempunyai perbatuan hanya 460 km dan seorang pemilik. Didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan.

Ferrari Enzo 2004

Antara unit terbaik yang ada di pasaran, dengan hanya 1,790 km perbatuan. Mempunyai rekod servis cemerlang dan pensijilan ‘Buku Merah’ Ferrari Classiche.

Ferrari F50 1996

Unit tulen dengan jarak perbatuan yang rendah iaitu 6,940 km.

Ferrari F12tdf 2016

Jentera V12 ini mempunyai pelbagai ciri istimewa. Memiliki perbatuan yang sangat rendah iaitu 1,200 km.

Ferrari 458 Speciale 2015

Didatangkan dengan spesifikasi istimewa, dengan perbatuan yang baru sahaja melebihi 3,000 km.

Selain lima jentera Ferrari ini, Vettel juga ingin menjual tiga lagi jentera istimewa yang boleh dikategorikan sebagai moden klasik.

Mercedes-Benz SL65 AMG ‘Black Series’ 2009

Black Series adalah nama yang digunakan untuk jentera AMG yang paling berkuasa. Jarak perbatuan rendah iaitu 2,800 km.

Mercedes-Benz SLS AMG Gullwing 2010

Satu lagi jentera ikonik dari AMG yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Spefisikasi tinggi, jarak perbatuan 6,928 km.

BMW Z8 Roadster 2002

Antara jentera BMW paling ‘rare’ pernah dihasilkan. Perbatuan mencecah 21,700 km, kondisi terbaik.

Previous post

BMW Malaysia Terajui Segmen Premium Dengan 52% Pegangan Pasaran

Next post

Ada Nissan Qashqai Baharu Dan Adakah Ia Akan Datang Ke Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *