Berita Auto

Porsche Taycan Cipta Rekod Kereta Terpantas Di Dalam Bangunan Tertutup

Nampaknya Porsche masih belum puas mencatat rekod dengan kereta elektrik pertamanya. Selepas mencatat rekod ‘drift’ kereta elektrik paling jauh pada tahun lalu, Taycan kini muncul sebagai kereta terpantas di dalam bangunan tertutup.

Disahkan oleh Guinness World Records, rekod yang agak aneh itu dicatat oleh Leh Keen yang berjaya mencapai kelajuan 165.1 km/j dengan sebuah Taycan Turbo S. Percubaan dilakukan di dalam Pusat Konvensyen Ernest N. Morial di New Orleans, Lousiana. Ia merupakan pusat konvensyen yang keenam terbesar di Amerika Syarikat.

Walapun mempunyai keluasan satu juta kaki persegi, lokasi pilihan itu tidaklah seratus peratus selamat kerana ia mempunyai lantai konkrit yang digilap yang tidak ubah seperti permukaan berais terutamanya apabila kenderaan mencapai kelajuan tertentu.

Bukan itu sahaja, jaring keselamatan tidak digunakan malah tidak ada satu pun pintu yang dibuka semasa percubaan itu dilakukan. Ini bermakna Leen tidak mempunyai jalan keluar sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Namun dengan 625 PS dan 1,050 Nm, sistem pacuan semua roda, serta tidak dilupakan kepakaran yang dimiliki oleh Leen, Taycan Turbo S itu berjaya memecut sehingga 165.1 km/j, sekaligus memadamkan rekod sebelum ini iaitu 138.4 km/j yang dicatat tujuh tahun lalu.

Previous post

E-skuter Ini Diinspirasikan Oleh Jentera MotoGP Ducati

Next post

Mitsuoka Rock Star Beri Penghormatan Kepada Corvette C2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *