Kemalangan / Rosak / Recall

Pemandu Perodua Myvi Langgar Van Dan Waja Ditahan Reman 2 Hari

Pemandu Perodua Myvi itu cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan dia kepada polis.

Apa yang anda lihat di sini adalah akibat kemalangan mengerikan yang melibatkan sebuah Perodua Myvi, sebuah van dan sebuah Proton Waja, yang tular di media sosial semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran Pangsapuri Enggang di Bandar Kinrara, Puchong, dirakam oleh seorang pemandu kenderaan yang sedang dalam perjalanan di jalan yang sama. Rakaman tersebut menunjukkan bahawa Myvi dipandu dengan teramat laju, mengelak sebuat motosikal sebelum merempuh belakang van, menyebabkan van tersebut terbalik ke bahagian tepinya dan berputar beberapa kali.

Myvi Crash back left 2.0

Impaknya begitu kuat sekali sehingga menyebabkan hatchback itu turut berputar dan melanggar Waja yang di sebelah van pada masa itu. Syukurlah, Myvi itu tidak melanggar penunggang motosikal yang berada di belakang van dan Waja.

Pemandu van tersebut mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di Hospital Serdang. Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT) Supt Azman Shari’at berkata, perincian mangsa belum diperoleh dari hospital dan kes disiasat di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Myvi-Crash-turn-over-van-3.0

Sementara itu, pemandu Myvi telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Serdang untuk membantu siasatan. Lelaki tempatan berusia 26 tahun itu pada mulanya cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ditangkap oleh orang awam. Ujian air kencing menunjukkan bahawa pemandu negatif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata lelaki berusia 26 tahun dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi, sebelum mahkamah membenarkan reman selama dua hari ke atasnya.

Seperti yang kami telah katakan berulang kali sebelum ini, memandu laju dan melulu hanya meningkatkan risiko di jalan raya untuk semua orang, dan kejadian ini telah membuktikannya. Di samping hukuman yang lebih berat, apa yang anda fikir boleh dilakukan untuk mengelakkan pemandu dari melakukan kesalahan seperti ini?

Previous post

JPJ Menangguhkan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Di Seluruh Negara

Next post

Lexus IS 500 F Sport Performance Hadir Dengan Enjin NA V8

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *