Bisnes

Mercedes-Benz Malaysia Kini Mempunyai Bilik Pameran Maya

Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kehadiran digitalnya, Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan bilik pameran maya baharu.

Disediakan untuk kenderaan baharu dan pra-milik yang diiktiraf oleh Mercedes-Benz, bilik pameran maya berkenaan merupakan sebuah platform sehenti di mana pelanggan boleh mencari ketersediaan stok, membuat pilihan pembiayaan serta mendapatkan sebut harga dari pengedar pilihan mereka tanpa perlu keluar dari rumah.

Menurut syarikat itu, pelanggan boleh menggunakan bilik pameran maya tersebut untuk memulakan proses pesanan mereka. Selepas model yang dikehendaki dipilih, sebut harga akan diberikan manakala seorang ejen jualan akan ditugaskan kepada pelanggan. Terdapat juga Financial Services Widget yang akan menyediakan sebut harga bayaran bulanan berdasarkan harga kenderaan yang dipilih.

Setakat ini, bilik pameran maya Mercedes-Benz Malaysia mempunyai lebih 100 unit kenderaan baharu dan terpakai, namun model-model yang ditawarkan terhad kepada A-Class, C-Class, E-Class dan S-Class. Kami menjangkakan lebih banyak model akan ditambah pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, Mercedes-Benz Malaysia turut merumuskan aktiviti perniagaan mereka bagi tahun 2020. Dari segi pelancaran model, syarikat itu telah memperluaskan penawaran mereka dalam segmen kompak dengan pelancaran A 35, A 45 S dan CLA 45.

Turut diperkenalkan pada tahun lalu adalah barisan model GLB, yang terdiri daripada GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4Matic AMG Line dan GLB 35 4Matic. GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 AMG Line dilancarkan pada akhir tahun sebagai penutup tirai.

Barisan model CKD Mercedes-Benz Malaysia setakat ini terdiri daripada 13 varian daripada lima model iaitu C-Class, E-Class, S-Class, GLC. GLC Coupe, serta dua model Mercedes-AMG iaitu C 43 dan GLC 43. Untuk tahun ini, syarikat itu mensasarkan untuk memasang model kompak dan SUV baharu secara tempatan.

Previous post

Mengapa Pemilik BMW 320d Patut Guna Diesel Infiniti Euro5

Next post

Lotus Perkenal Varian Final Edition Bagi Elise Dan Exige

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *