Berita Auto

Lotus Perkenal Varian Final Edition Bagi Elise Dan Exige

Seperti yang anda sedia maklum, pengeluaran Lotus Exige dan Elise akan ditamatkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan transformasi syarikat itu.

Sebagai penghormatan kepada kedua-dua model tersebut yang telah berada di pasaran selama lebih 20 tahun, Lotus telah memperkenalkan model edisi khas yang dikenali sebagai Final Edition.

Pengeluar kereta sport yang berpangkalan di Hethel itu menawarkan lima varian Final Edition iaitu dua Elise dan tiga Exige, dan setiap satu akan dikeluarkan dalam bilangan yang terhad.

Menurut Lotus, kedua-dua varian Elise Final Edition menampilkan kelengkapan standard luaran dan dalaman yang paling ekstensif. Ini termasuk panel instrumen digital dengan dua pilihan paparan, rekaan stereng baharu, serta pilihan warna baharu Azure Blue, Black dan Racing Green. Turut disertakan adalah plak Final Edition, serta trim dan jahitan baharu pada tempat duduk.

Elise Sport 240 Final Edition

  • Mempunyai 240 hp (23 hp lebih tinggi berbanding sebelum ini), 244 Nm
  • Boleh memecut dari 0-96 km/j dalam 4.1 saat
  • Didatangkan dengan rim aloi tempaan Anthracite berukuran 16 inci di hadapan, 17 inci di belakang
  • Dipadankan dengan tayar Yokohama V105, rim tersebut adalah 500 g lebih ringan berbanding rim Elise Sport 220
  • Berat berkurang dari 922 kg kepada 898 kg menerusi penggunaan panel gentian karbon, bateri lithium-ion dan tingkap polikarbonat

Elise Sport 250 Final Edition

  • Fokus utama varian ini adalah aerodinamik
  • Dilengkapi dengan splitter hadapan, spoiler, skirt sisi dan diffuser belakang, ia boleh menjana 66 kg downforce pada kelajuan 160 km/j dan 155 kg pada 248 km/j
  • Didatangkan dengan rim M Sport ultra-ringan Diamond Cut berukuran 16 inci di belakang, 17 inci di hadapan
  • Rim dibalut tayar Yokohama A052 bersaiz 195/60 R16 di hadapan dan 225/4 R17 di belakang
  • Kelengkapan standard termasuk peredam Bilstein, anti-roll bar boleh laras, bateri lithium-ion dan tingkap polikarbonat

Seperti Elise, barisan model Exige Final Edition boleh didapati dalam pelbagai warna baharu termasuk Metallic White dan Metallic Orange, di samping menampilkan panel instrumen digital TFT, plak Final Edition, stereng baharu dan trim/jahitan pada tempat duduk.

Exige Sport 390 Final Edition

  • Varian ini mempunyai 397 hp dan 420 Nm, iaitu 47 hp lebih tinggi berbanding Exige Sport 350.
  • Pecutan 0-96 km/j dilakukan dalam 3.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 277 km/j.
  • Boleh menjana downforce sehingga 115 kg (45 kg di hadapan, 70 kg di belakang) pada kelajuan maksimum
  • Mempunyai rim aloi tempaan berukuran 17 inci di hadapan, 18 inci di belakang dan tayar Michelin PS4

Lotus Exige Sport 420 Final Edition

  • Dengan kuasa berjumlah 420 hp dan 427 Nm, ia boleh memecut dari 0-96 km/j dalam 3.3 saat
  • Kelajuan maksimum 290 km/j menjadikannya Exige terpantas setakat ini
  • Kelengkapan standard termasuk anti-roll baru Eibach dan peredam boleh laras tiga-hala Nitron
  • Rim aloi Anthracite berukuran 17 inci di hadapan, 18 inci di belakang dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2
  • Kuasa membrek dibekalkan oleh AP Racing dengan angkup empat piston dan cakera J-hook

Exige Cup 430 Final Edition

  • Varian ‘flagship’ ini mempunyai 430 hp dan 440 Nm
  • Ia memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 3.2 saat, dengan kelajuan maksimum 280 km/j
  • Menjana 171 kg downforce (76 kg di hadapan, 95 kg di belakang)
  • Didatangkan standard dengan panel gentian karbon termasuk pada splitter hadapan, panel akses hadapan, bumbung, diffuser, pod sisi, tailgate dan spoiler
  • Mempunyai konfigurasi casis, tayar dan brek yang sama seperti Exige Sport 420 Final Edition
  • Sistem ekzos titanium dan Traction Control sukan permotoran turut disertakan

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Kini Mempunyai Bilik Pameran Maya

Next post

Volvo Cars Terima Penilaian Sustainability Performance Tertinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *