Berita Auto

Kini Anda Boleh Langgan Subaru BRZ Dan WRX Dengan GoCar Subs

Teringin memandu sebuah kereta sports yang menarik perhatian tetapi tidak mahu terikat dengan tempoh pinjaman yang lama serta bimbang dengan penyusutan kos yang signifikan? Dengan penambahan kategori Sports yang baharu ke dalam program langganan GoCar iaitu GoCar Subs, peminat kereta di Malaysia kini ada pilihan untuk dipertimbangkan.

Sebagai permulaan, kategori baharu itu menawarkan dua model popular dari Subaru iaitu BRZ dan WRX. Dengan 200 hp, BRZ mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 210 km/j. WRX yang berkuasa 264 hp pula menjanjikan kelajuan sehingga 240km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.3 saat.

Terdapat tiga pelan langganan yang boleh dipilih iaitu pakej setahun dengan bayaran RM3,299 sebulan, pakej dua tahun berharga RM2,999 sebulan atau pelan tiga tahun dengan bayaran bulanan RM2,699. Semua bayaran tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis serta ‘wear and tear’.

Dengan kategori baharu ini, garaj GoCar Subs kini telah dikembangkan menjadi enam kategori untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang pelbagai. Setiap kategori menawarkan struktur ‘Satu Harga’ yang bersepadu bermula RM799/sebulan untuk kategori Econ sehingga RM2,299/sebulan bagi kategori Luxe dan RM2,699/sebulan untuk kategori Sports. Kadar yang disenaraikan itu adalah untuk pelan 12 hingga 36 bulan.

Pelanggan GoCar Subs bukan hanya mendapat manfaat daripada program langganan pelbagai jenama kenderaan yang paling mampu milik di pasaran. Malah, mereka tidak perlu bimbang dengan perbelanjaan tambahan, penyusutan nilai atau tempoh pinjaman yang lama.

Untuk mendaftar akaun GoCar Subs atau melihat senarai penuh kenderaan di dalam garaj, sila layari laman web: www.gocarsubs.com.

Previous post

Toyota Gondol 5 Anugerah Di Grand Prix ASEAN NCAP

Next post

Honda Malaysia Sumbang Bantuan Banjir, Pelindung Muka Dan Komputer Riba

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *