Berita Auto

Kini Anda Boleh Beli Kereta Terpakai Volvo Secara Dalam Talian

Berikutan pelancaran program kereta terpakai Volvo Selekt pada Jun tahun lalu, Volvo Car Malaysia kini memperkenalkan pula Volvo Used Car Locator, sebuah inisiatif digital yang membolehkan pelanggan membeli kenderaan Volvo terpakai secara dalam talian.

Volvo Used Car Locator mempunyai inventori bagi Volvo Selekt dan kereta terpakai Volvo. Model-model Volvo Selekt boleh didapati di Sisma Auto di Glenmarie dan iRoll Auto di Juru, manakala kereta terpakai Volvo boleh didapati di 12 wakil pengedar Volvo yang lain di seluruh negara.

Setiap model Volvo Selekt dijamin berusia kurang lima tahun, mempunyai perbatuan kurang daripada 100,000 km dan telah menerima pemeriksaan 125 poin, kemas kini perisian serta alat ganti tulen. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan jaminan, penyelenggaraan percuma serta bantuan tepi jalan selama setahun.

Oleh itu, dengan menggunakan kriteria yang sama untuk semua kenderaan pra-milik, setiap pengedar Volvo melakukan pemeriksaan dan kemas kini untuk memastikan bahawa semua kereta terpakai Volvo menepati standard yang sesuai dengan jenama itu.

Volvo Used Car Locator diperkenalkan sebagai respon kepada sambutan hangat dan permintaan yang meningkat terhadap kenderaan Volvo pra-miliki. Menurut VCM, kenderaan Volvo Selekt menyumbang kepada 15% daripada jumlah keseluruhan kereta terpakai Volvo pada tahun lalu.

Dengan Volvo Used Car Locator, pelanggan hanya perlu melayari laman web yang disediakan untuk melihat model-model Volvo Selekt atau kereta terpakai Volvo yang tersedia di semua wakil pengedar Volvo di seluruh Malaysia. Laman web tersebut juga menyediakaan perincian penuh bagi setiap unit untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Previous post

Porsche Taycan Cross Turismo Akan Datang Tidak Lama Lagi

Next post

Kia Jenama Pasaran Massa Paling Boleh Diharap Di AS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *